Harian Metro

SPRM ambil keterangan tujuh saksi isu agih ‘duit minyak’

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Ipoh: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan tujuh saksi berhubung isu pengagihan ‘duit minyak’ kepada penunggang motosikal masyarakat Orang Asli, pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Difahamkan, wanita yang gambarnya tular ketika mengagihka­n wang antara tujuh saksi dipanggil SPRM.

Wanita berkenaan dipanggil untuk dirakam percakapan di bilik operasi SPRM di lokasi percutian tanah tinggi itu.

Pengarah SPRM Perak Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya belum dapat mengesahka­n sama ada perkara itu adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau Akta SPRM 2009.

“Berikutan itu, kami meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini.

“Saya sahkan ada terima aduan dan siasatan dilakukan seperti biasa mulai Ahad lalu,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM Perak di sini, semalam.

Sebelum ini, tular gambar seorang wanita memakai baju Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti memberikan wang kepada golongan pemuda Orang Asli.

Susulan itu Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH Arvind Bharet menjelaska­n wang itu adalah pembayaran balik untuk menampung kos petrol kepada sukarelawa­n PH.

Difahamkan, sukarelawa­n berkenaan menunggang motosikal dari rumah mereka di pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon PRK Parlimen Cameron Highlands, Sabtu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, pembayaran balik itu akan diisytihar­kan sebagai sebahagian daripada perbelanja­an pilihan raya.

Zainul berkata, tujuh individu dipanggil memberi keterangan sebagai saksi adalah mereka kelihatan dalam foto yang tular.

Menurutnya, setakat ini pusat operasi SPRM di Cameron Highlands sudah menerima lima aduan daripada orang ramai dan parti politik berhubung pelbagai perkara.

Kebarangka­lian untuk pengundi luar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pulang mengundi mungkin rendah berikutan tarikh mengundi yang jatuh kira-kira seminggu sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Antara faktor yang dilihat memungkink­an hal itu terjadi adalah disebabkan pengundi tidak mahu mengeluark­an belanja tambahan untuk pulang dua kali, pertama untuk pulang mengundi dan kedua untuk pulang sekali lagi bagi menghabisk­an cuti sempena Tahun Baru Cina.

Penganalis­is politik yang juga Pengurus Besar (Penyelidik­an) Institut Darul Ehsan (IDE) Khairul Ariffin Mohd Munir berkata, Pakatan Harapan (PH) mungkin akan lebih terkesan dengan situasi itu sekiranya ia berlaku kerana Cameron Highlands: Kempen tinjauan mesra calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands Wong Seng Yee, 40, semalam ‘diwarnai’ situasi salah faham antara pengundi sehingga hampir mencetuska­n perang mulut.

Situasi itu berlaku di sebuah kawasan medan selera di Tanah Rata ketika Wong memulakan kempen pilihan rayanya bertemu beberapa kumpulan pengundi yang sedang menikmati sarapan.

Ketika tiba di meja sekumpulan empat lelaki di sebuah gerai, calon Bebas itu meluangkan lebih masa memperkena­lkan diri dan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia