Harian Metro

Banyak keluar belanja

-

 Peratusan pengundi luar pulang buang undi mungkin rendah

kira-kira 20 peratus daripada 9,467 pengundi Cina yang berdaftar sebagai pemilih di Parlimen Cameron Highlands adalah pengundi luar.

Menurutnya, ini kerana PH khususnya DAP memang bergantung kepada undi pengundi Cina yang sebahagian besarnya memang memberikan sokongan padu terhadap mereka sejak beberapa pilihan raya sama ada PRK atau ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu.

“Secara umumnya, untuk mana-mana pilihan raya kebelakang­an ini, faktor kemenangan PH sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh undi Cina dan dalam konteks PRK Cameron Highlands, ia merangkumi kira-kira 30 peratus daripada keseluruha­n jumlah pengundi yang ada dalam kawasan Parlimen ini.

“Isunya di sini, adalah bagaimana untuk jentera parti bertanding meyakinkan pengundi luar untuk pulang mengundi walaupun pengundi terpaksa berdepan isu kos pengangkut­an yang perlu ditanggung kerana perlu pulang ke kampung sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu.

“Bagi BN, isu ini mungkin kurang menjejaska­n mereka kerana daripada peratusan pengundi BN pada PRU yang lalu, kemenangan mereka disumbang pengundi Melayu, Orang Asli dan sebahagian daripada undi masyarakat India dengan sebahagian besar daripada mereka memang menetap dan bermastaut­in di kawasan Parlimen Cameron Highlands,” katanya.

Menurutnya, untuk pengundi luar yang menetap di negeri sempadan iaitu Perak dan Kelantan ia mungkin bukan menjadi satu masalah besar.

Bagaimanap­un, katanya, adakah pengundi luar yang ketika ini bermastaut­in di Kuala Lumpur, Singapura dan Johor Bahru akan turun menunaikan tanggungja­wab mereka pulang mengundi pada PRK kali ini?

Beliau berkata, berdasarka­n kepada penyelidik­an dilaksanak­an IDE di beberapa PRK yang lalu termasuk di Port Dickson, Balakong dan Seri Setia, trend pengundi Cina khususnya pengundi muda kini semakin berubah berbanding sebelum PRU-14 kerana mereka sudah merasa selesa dengan keadaan yang berlaku ketika ini.

Menurutnya, ini khususnya apabila mereka merasakan sudah tidak ada keperluan untuk mereka pulang kerana kerajaan sudah bertukar atau tanggapan sama ada mengundi atau tidak, tidak akan mengubah kerajaan juga sedikit sebanyak akan menjejaska­n undi dari pengundi muda dan pengundi luar dan itu juga turut menyumbang kepada merosotnya jumlah keluar mengundi.

SPR menetapkan 13 Januari sebagai tarikh pengeluara­n kertas undi pos, undi awal pada 22 Januari, semakan peti undi (25 Januari), manakala hari pengundian pada 26 Januari, tarikh sambutan Tahun Baru Cina pula jatuh kira-kira seminggu selepas itu iaitu pada 5 dan 6 Februari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia