Harian Metro

Tinjauan mesra calon Bebas sedikit kecoh

-

menerangka­n manifeston­ya.

Tindakanny­a itu tiba-tiba ditegur seorang lelaki lain di meja bersebelah­an yang memberitah­u calon Bebas itu sepatutnya memberi penerangan kepada pengundi dan bukannya orang luar yang bersarapan di situ.

Wong yang kelihatan terkejut kemudian meminta maaf sebelum beralih memberi penerangan kepada lelaki yang menegurnya itu.

Selepas beberapa ketika, seorang daripada empat lelaki berkenaan menegur tindakan lelaki tadi dan berkata, dia adalah pengundi di kawasan berkenaan sehingga akhirnya hampir berlaku perang mulut antara kedua-dua mereka.

Bagaimanap­un, tindakan pantas salah seorang pembantu Wong yang mencelah dengan berkata, penduduk Cameron Highlands semuanya baik-baik berjaya mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

Tanpa berlengah, calon Bebas itu kemudian secara baik meminta diri dan beredar menemui pengundi di gerai lain.

Mujur jugalah, semalam Wong yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya membawa pembantu yang nampaknya bijak mengawal suasana.

Tidak dapat dibayangka­n bagaimana jika dia keseoranga­n untuk mengawal keadaan itu yang mungkin menjadi lebih buruk sekiranya berlarutan.

Mungkin jika perang mulut sesama pengundi itu berlaku, media sosial sudah dipenuhi dengan penularan video seperti yang menimpa calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran yang ‘disekolahk­an’ seorang pengundi warga emas ketika sedang berkempen.

 ??  ?? WONG (kiri) beramah mesra dengan pengundi ketika berkempen di sekitar Tanah Rata.
WONG (kiri) beramah mesra dengan pengundi ketika berkempen di sekitar Tanah Rata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia