Harian Metro

Serik nak ke Thailand

-

 Pemandu pelancong terhutang budi kepada rakyat Malaysia bebas dari penjara Nathawee

“Saya memang sangat tertekan namun bersyukur ditemukan dengan tahanan rakyat Malaysia yang banyak memberi semangat.

“Jika tidak saya mungkin mengalami kemurungan,” katanya ketika ditemui di rumah sewa keluargany­a di Taman Lumba Kuda, di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, Wan Mohd Amirul Adib mengakui trauma dan serik ke Thailand.

Dia memberitah­u mahu berehat untuk seketika sebelum mencari pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan.

“Pengalaman ini memang sukar dilupakan, saya ditahan ketika baru kali pertama bertugas sebagai pemandu pelancong

“Pemeriksaa­n lanjut pula mendapati kenderaan saya pandu tidak mempunyai permit dan melanggar pelbagai peraturan lain,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Siti Zubaidah Saad, 48, berkata, hanya Allah SWT boleh membalas jasa rakyat Malaysia yang menghulurk­an sumbangan lebih RM20,000 digunakan untuk membebaska­n anaknya.

Beliau rasa terhutang budi kepada rakyat Malaysia, Pegawai Menteri Besar, Mohd Azril Ramli dan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Pendang.

“Kos keseluruha­n untuk bayar wang jaminan dan lantik peguam di sana mencecah RM70,000...saya terpaksa meminjam, gadai barang kemas dan merayu sumbangan orang ramai.

“Malah kakak Adib turut berkorban apabila sanggup keluarkan simpanan RM20,000 untuk majlis perkahwina­nnya tidak lama lagi semata-mata mahu lihat adiknya pulang ke pangkuan keluarga.

“Keluarga kami memang kesempitan wang, suami bekerja sebagai tukang urut manakala saya menjual lemang.

“Beberapa bulan lagi kami kena pindah dan cari rumah sewa. Kami kena pindah kerana rumah sewa ini akan dijual oleh pemiliknya,” katanya.

Harian Metro 5 Januari lalu melaporkan, Afiqah Baharuddin, 22, berdepan masalah kewangan untuk menjamin suaminya yang ditahan di Thailand atas kesalahan memiliki alat perhubunga­n radio

 ??  ?? WAN Mohd Amirul Adib memeluk ibunya, Siti Zubaidah selepas dibebaskan dari penjara Nathawee, Songkla, Thailand.
WAN Mohd Amirul Adib memeluk ibunya, Siti Zubaidah selepas dibebaskan dari penjara Nathawee, Songkla, Thailand.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia