Harian Metro

Bincang letak calon di Semenyih

-

Kota Bharu: PAS akan mengadakan perbincang­an sama ada akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum mengadakan perbincang­an berhubung perkara itu.

“Kita memang akan membincang­kan perkara ini nanti untuk lihat ada keperluan ke tidak bagi meletakkan calon di DUN Semenyih itu.

“Sebelum ini, jika UMNO meletakkan calon, kita tidak akan bertanding.

“Kali ini belum tahu lagi dan Jawatankua­sa Politik PAS akan mengadakan mesyuarat sebelum hasil perbincang­an itu dikemukaka­n kepada PAS Pusat.

“PAS Pusat akan meneliti hasil perbincang­an sebelum keputusan dibuat. Jadi setakat ini kita tidak tahu lagi mahu meletakkan calon atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di sini, semalam.

PRK DUN Semenyih bakal diadakan susulan penyandang­nya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 4.45 pagi Jumaat lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Bakhtiar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengetepik­an penyandang­nya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abd Aziz serta dua calon lagi iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelva­n mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bakhtiar mengalahka­n Johan yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.

 ?? Mohd Amar ?? PAS Pusat akan meneliti hasil perbincang­an sebelum keputusan dibuat. Jadi setakat ini kita tidak tahu lagi mahu meletakkan calon atau tidak”
Mohd Amar PAS Pusat akan meneliti hasil perbincang­an sebelum keputusan dibuat. Jadi setakat ini kita tidak tahu lagi mahu meletakkan calon atau tidak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia