Harian Metro

Pengguna Islam

-

gus melindungi pengguna lain daripada menjadi mangsa keadaan. Inilah masanya untuk kita menegakkan dan menunjukka­n kuasa kita sebagai pengguna, jangan terus berdiam diri mahupun membiarkan diri dan orang lain terus diperdaya dan ditipu seperti ini.

Dalam pada itu kita juga berharap pihak berkuasa akan lebih sensitif dalam isu seperti ini dan mengambil tindakan agresif bagi melindungi hak dan menyelamat­kan pengguna Islam supaya tidak terus diperdaya oleh pengusaha yang tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa saja untuk mengaut keuntungan. Dalam konteks ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) misalnya perlu memainkan peranan supaya dapat menghidu dan mengenal pasti pengusaha yang menggunaka­n pelbagai strategi licik bagi mengaburi mata semua pihak sehingga boleh memperoleh lesen perniagaan dan meneruskan operasi tanpa masalah.

PBT misalnya perlu bergabung tenaga dan kepakaran bersama pasukan KPDNHEP supaya dapat melakukan pemantauan, pemeriksaa­n dan operasi penguatkua­saan secara tetap dan berjadual. Pihak berkuasa agama juga perlu turut serta bagi mengesahka­n status sijil halal yang mereka guna pakai. Ingat, kita tidak mahu operasi hanya dibuat bila ada aduan atau timbul sesuatu insiden. Kita faham kekangan masa dan kekurangan anggota penguat kuasa, namun demi melindungi hak pengguna Islam kita harap sangat pasukan ini akan bertindak dengan lebih kerap. Jika ini dapat dilakukan kita yakin masalah penipuan ini dapat dirungkai. Tujuan kita meminta operasi dilakukan secara kerap dan berulang kerana kita juga sedia maklum taktik licik pengusaha yang kerap menukar pekerja, jadi kita tidak mahu mereka cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

Pada masa sama adalah lebih strategik jika kita boleh menyekat pengusaha tidak bertanggun­gjawab seperti ini dari peringkat pengeluara­n lesen perniagaan itu sendiri. Pihak SSM misalnya wajar meneliti kaedah pengeluara­n lesen ini yang memerlukan penelitian dan siasatan yang lebih mendalam. Logiknya kita tidak mahu SSM meluluskan penggunaan nama Islam kepada mana-mana premis makanan yang pengusahan­ya terdiri daripada kalangan individu bukan Muslim kerana jika itu masih berlaku, dari situ lagi kita sudah boleh agak ia akan mencetuska­n kemudarata­n kepada pengguna Islam. Andai peraturan sedia ada tidak membenarka­n SSM menghalang atau tidak boleh tidak meluluskan permohonan lesen seperti ini, maka inilah masa terbaik untuk SSM dan kementeria­n berkaitan meneliti dan meminda peraturan tersebut. Buatlah apa yang patut asalkan kita dapat melindungi pengguna Islam. Ingat Islam agama rasmi bagi Persekutua­n dan kita tidak mahu ada pihak sengaja merobek kesucian tersebut termasuk dalam konteks menyalahgu­na nama Islam untuk memperdaya umat Islam.

Semoga pendedahan dan insiden yang berlaku ini menjadi iktibar dan peringatan signifikan kepada kita semua. Pokoknya kita tidak boleh kompromi dalam soal halal dan haram apatah lagi dalam aspek pemakanan. Sebagai pengguna marilah kita tegakkan hak kita, kepada pihak berkuasa kita harap agensi berkaitan akan bertindak lebih agresif dan kepada pengusaha bukan Muslim kita mohon hentikanla­h perbuatan memperdaya dan menipu pengguna Islam seperti ini.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia