Harian Metro

Masalah rumah pusaka

-

kepada manusia untuk menjamin keadilan dan kesejahter­aan.

Bukan saja dapat menyelesai­kan masalah kehidupan di dunia, malah ia kekal hingga ke akhirat nanti. Undang-undang itu juga dapat mendidik manusia mentauhidk­an Allah SWT sebagai pemilik mutlak.

Manusia hanyalah pelaksana amanah yang diberikan. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 7 yang bermaksud: “Orangorang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggala­n ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggala­n ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalk­an itu iaitu bahagian yang diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”

Sistem faraid adalah satu sistem pembahagia­n harta pusaka yang sangat unik dan tidak ada sistem lebih baik daripadany­a di dunia ini.

Melalui sistem faraid, ia menjamin semua yang berhak mendapat pusaka

 Sistem faraid dapat selesaikan kemelut dihadapi lima beradik

dan bahagian mereka melalui penentuan waris oleh syarak, adil, pembahagia­n yang seimbang dan setiap orang berhak menerima harta pusaka berkenaan.

Sebagaiman­a masalah yang dihadapi saudara, rumah pusaka itu mempunyai nilai yang tidak dapat diganti dengan sebarang harta di dunia ini.

Apabila ibu dan ayah meninggal dunia, harta yang ditinggalk­an itu adalah harta pusaka dan wajib diselesaik­an dengan segera.

Ini kerana ketika hayat ibu ayah, tiada sebarang perancanga­n pusaka dibuat dan menyebabka­n ia perlu diselesaik­an oleh waris setelah kematian mereka.

Niat tiga orang daripada lima beradik untuk menjadikan rumah pusaka itu sebagai tempat berkumpul sangat baik. Secara tidak langsung, ia dapat mengukuhka­n ikatan persaudara­an dan hubungan silaturahi­m mereka.

Namun, sekiranya terdapat pertikaian atau tidak sependapat dengan niat menjadikan rumah itu tempat berkumpul, ia perlu juga diselesaik­an secara sistem faraid.

Melainkan, selepas dibincangk­an bersama dan mendapat keputusan muktamad bahawa sekalipun dibahagika­n secara faraid, rumah pusaka itu tetap akan dipelihara bersama untuk dijadikan tempat berkumpul.

Melalui cara itu, saya percaya semua pihak akan berpuas hati. Sehubungan itu, waris perlu mendaftark­an pembahagia­n pusaka di pejabat pusaka negeri untuk tujuan pembahagia­n dan pendaftara­n hak milik.

Ia perlu diselesaik­an segera bagi mengelakka­n berlakunya kematian berlapis dan wujudnya perbalahan yang lebih serius.

Tiada pihak yang boleh campur tangan dalam menentukan hala tuju penyelesai­an harta pusaka mereka melainkan dengan adanya permuafaka­tan dan kesatuan dalam kalangan adik-beradik.

Jika tiada kata sepakat, maka pembahagia­n secara faraid tetap menjadi penyelesai­an terbaik.

Penulis peguam syarie

 ??  ?? RUMAH pusaka meninggalk­an kenangan sepanjang hayat kepada sesebuah keluarga. - Gambar hiasan
RUMAH pusaka meninggalk­an kenangan sepanjang hayat kepada sesebuah keluarga. - Gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia