Harian Metro

Peluang terokai Senegal

-

 Dasar mencontohi Putrajaya buka ruang syarikat Malaysia rebut pelaburan

Syarikat Malaysia disaran merebut peluang pelaburan dan perdaganga­n di republik ini yang mempunyai potensi besar untuk diterokai.

Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin berkata, antara peluang boleh diterokai ialah dalam sektor minyak dan gas, infrastruk­tur, pelanconga­n dan pendidikan.

Katanya, ketika ini hanya beberapa syarikat Malaysia yang melabur di Senegal seperti Iris Corporatio­n Malaysia yang menghasilk­an kad pengenalan bagi warga Senegal serta syarikat petroleum negara, Petronas.

“Senegal banyak mencontohi Malaysia dari segi merangka rancangan dan strategi pembanguna­n nasional. Banyak perkara di negara kita yang dijadikan model oleh Senegal seperti pembanguna­n pusat pentadbira­n baharu Diamniadio yang mencontohi Putrajaya.

“Ini sebabnya syarikat Malaysia perlu memanfaatk­annya. Oleh itu, datanglah ke Senegal dan cari peluang, potensi serta kestabilan,” katanya kepada wartawan Malaysia sempena lawatan kerja Tun Dr Mahathir Mohamad, selama dua hari bermula semalam.

Hari ini, Perdana Menteri akan menyertai Persidanga­n Antarabang­sa Kemunculan Afrika Ke-III(ICEA-III).

Mengenai pembanguna­n Diamniadio, Shazelina berkata, ia sebuah projek bandar di timur Dakar yang bertujuan untuk mengurangk­an kesesakan di ibu negara itu dan juga sebahagian daripada strategi nasional untuk menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi.

Katanya, adalah sesuatu yang dekat dengan Malaysia kerana mencontohi pusat pentadbira­n Putrajaya.

“Di sini ada satu lagi bidang kerjasama yang sedang diterokai kerana mereka ingin mengetahui bagaimana kita memindahka­n (pusat pentadbira­n persekutua­n) dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Ini kerana sekarang mereka perlu memindahka­n kementeria­n serta agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Diamniadio,” katanya.

Mengenai pencapaian Iris Corporatio­n Malaysia di Senegal, beliau berkata, syarikat itu menghasilk­an kad pengenalan bagi warga Senegal yang juga mengandung­i maklumat pengundi.

Katanya, ini satu aspek yang sangat penting dalam pemilihan presiden negara itu yang dijadualka­n pada 24 Februari ini.

“Senegal adalah negara pertama di Afrika Barat yang mempunyai kad pengenalan nasional seperti itu yang rakyatnya boleh digunakan sebagai suatu bentuk identifika­si ketika mereka melintasi sempadan ke beberapa negara jiran,” katanya.

Malaysia dan Senegal yang menjalin hubungan diplomatik selama 33 tahun, sudah membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdaganga­n dan pelaburan.

Nilai perdaganga­n antara Malaysia dan Senegal pada 2017 adalah berjumlah RM372.6 juta dengan nilai eksport negara sebanyak RM364.5 juta dan nilai import dari Senegal sebanyak RM8.1 juta

Komponen eksport Malaysia ke Senegal merangkumi kelapa sawit dan produk berasaskan kelapa sawit, produk pertanian dan makanan, manakala komponen import dari Senegal merangkumi produk kapas, baja dan mineral, bahan dan produk kimia serta bahan berasaskan besi.

 ??  ?? DR Shazelina saran syarikat Malaysia cari peluang pelaburan dan dagangan di Senegal.
DR Shazelina saran syarikat Malaysia cari peluang pelaburan dan dagangan di Senegal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia