Harian Metro

Tambah jumlah guru pendidikan khas

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan akan menambah jumlah guru pendidikan khas di sekolah yang mengalami kekurangan tenaga pengajar selaras pelaksanaa­n (ZRP) untuk murid berkeperlu­an khas.

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementeria­n Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata, ketika ini sejumlah 15,218 guru pendidikan khas berkhidmat di 8,579 Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan pendidikan khas.

“Jumlah itu memang kita akui tidak cukup untuk menampung keperluan kira-kira 87,000 murid berkeperlu­an khas ketika ini.

“Pada 31 Oktober tahun lalu, sejumlah 83,598 murid berkeperlu­an khas direkodkan dan setakat hari ini sejak pelaksanaa­n ZRP, kita sudah terima pertambaha­n pendaftara­n 3,038 murid berkeperlu­an khas.

“Jadi dalam tempoh tiga bulan ini, Kementeria­n Pendidikan akan giatkan usaha mencari dan menempatka­n kembali guru pendidikan khas yang sebelum ini ditempatka­n di aliran arus perdana untuk berkhidmat di tempat yang sepatutnya.

“Ia berikutan ada negeri yang tidak mempunyai guru pendidikan khas yang mencukupi, ada yang memerlukan lagi tiga guru, ada yang perlu lima lagi. Jadi kita akan lihat semua keperluan ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas mengadakan Lawatan Penanda Aras Pelaksanaa­n ZRP bagi Murid Berkeperlu­an Khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1) di sini.

ZRP adalah dasar sedia ada yang dimantapka­n daripada segi pelaksanaa­nnya bagi memastikan murid berkeperlu­an khas menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupa­yaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PKI) atau Sekolah Pendidikan Khas (SPK).

 ??  ?? DR Yasmin Hussain (lima dari kiri) melihat pesakit Spinal Muscular Atrophy, Syahmi Syihabuddi­n (berkerusi roda) ketika Lawatan Penanda Aras Pelaksanaa­n ZRP bagi Murid Berkeperlu­an Khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1), semalam.
DR Yasmin Hussain (lima dari kiri) melihat pesakit Spinal Muscular Atrophy, Syahmi Syihabuddi­n (berkerusi roda) ketika Lawatan Penanda Aras Pelaksanaa­n ZRP bagi Murid Berkeperlu­an Khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia