Harian Metro

100,000 pengunjung

- Asmah Rusman am@hmetro.com.my

 MITA jangka karnival 29 hingga 31 Mac dapat sambutan

Persatuan Pelanconga­n Domestik Malaysia (MITA) menjangkak­an kunjungan hingga 100,000 pengunjung pada MITA Tourism Carnival 2019.

Presiden MITA, Uzaidi Udanis berkata, karnival berkenaan akan diadakan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mac depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Katanya, karnival itu bukan sekadar jualan pakej pelanconga­n, malah pengunjung berpeluang menikmati makanan tempatan dari 13 negeri.

“Festival makanan itu antara enam acara utama yang akan berlangsun­g sepanjang karnival berkenaan selain daripada pameran pelanconga­n domestik, luar negara, aktiviti permotoran, acara larian serta pameran kesenian dan kebudayaan.

“Sebanyak 700 pempamer terdiri daripada pelbagai agensi pelanconga­n domestik dan luar negara akan turut serta pada karnival ini.

“MITA juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Pelanconga­n Luar Malaysia (MOTA) yang akan memperkena­lkan destinasi pelanconga­n luar negara yang baharu,” katanya pada sidang media di MAEPS, semalam.

Uzaidi berkata, dengan lokasi yang lebih besar dan pertambaha­n aktiviti sepanjang karnival ini, MITA berharap jumlah pengunjung akan meningkat dan lebih daripada yang dijangka.

Katanya, sukan permotoran juga antara penyumbang utama kepada industri pelanconga­n. Justeru, karnival kali ini memberi peluang kepada penyertaan daripada pelbagai persatuan dan kelab permotoran seluruh negara.

“Selain pertunjuka­n dan pameran, kempen pemanduan berhemah juga akan diadakan membabitka­n agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ),” katanya.

Sementara itu, Uzaidi berkata, orang ramai juga dijemput untuk menyertai acara MITA Tourism Fun Run 2019 yang diadakan pada 30 Mac membabitka­n laluan di dalam MAEPS.

Katanya, karnival kali ini turut mengetenga­hkan pelbagai elemen pelanconga­n termasuk pelanconga­n pendidikan, ekopelanco­ngan dan pelanconga­n kesihatan sebagai persediaan negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2020.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang merebut pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk 40 motosikal, 100 topi keledar dan pelbagai hadiah sampingan lain.

 ?? Uzaidi Udanis ?? UZAIDI (tiga dari kanan) bersalaman dengan
Ketua Pegawai Operasi MAEPS, Norafizah Rahman (dua dari kiri), pada Sidang Media MITA
Tourism Karnival 2019, semalam. Sebanyak 700 pempamer terdiri daripada pelbagai agensi pelanconga­n domestik dan luar negara akan turut serta pada karnival ini”
Uzaidi Udanis UZAIDI (tiga dari kanan) bersalaman dengan Ketua Pegawai Operasi MAEPS, Norafizah Rahman (dua dari kiri), pada Sidang Media MITA Tourism Karnival 2019, semalam. Sebanyak 700 pempamer terdiri daripada pelbagai agensi pelanconga­n domestik dan luar negara akan turut serta pada karnival ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia