Harian Metro

Sedia terima bekas Ahli Parlimen keluar parti

-

Seremban: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tidak menerima sebarang permohonan daripada bekas Ahli Parlimen parti itu yang mengumumka­n keluar parti untuk kembali semula kepada UMNO.

Mohamad yang menjalanka­n tugas Presiden berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagaimanap­un sedia menerima jika mereka berhasrat mahu menyertai UMNO semula.

“Setakat ini, saya secara peribadi belum dan tidak ada menerima apa-apa permohonan daripada mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang sudah keluar parti untuk menyertai semula UMNO.

“UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli UMNO.

“Syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada peruntukan dalam perlembaga­an dan peraturan pentadbira­n parti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, enam ahli Parlimen BN yang mengumumka­n keluar UMNO pada bulan lalu dijangka memohon kembali sebagai ahli parti itu.

Difahamkan, keenam-enam ahli Parlimen itu mahu kembali semula kepada UMNO kerana menerima tekanan undang-undang berikutan tindakan saman terhadap mereka dibuat akhir bulan lalu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisam.

Kuala Lumpur: “Datuk Seri Najib (Razak) rakyat Malaysia, beliau berhak nak buat apa saja (berkempen) dalam negara demokrasi,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika ditanya pandangan pergerakan itu mengenai tindakan bekas Perdana Menteri turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Menurutnya, Pemuda berpendiri­an tiada halangan untuk Najib berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN), apatah lagi Ahli Parlimen Pekan itu amat dekat khususnya di hati rakyat FELDA di Parlimen berkenaan.

“Saya dengar rakyat FELDA begitu terhutang budi dengan beliau. Saya pergi beberapa kali di sana, apabila masuk ke FELDA Sungai Koyan, mereka minta Najib datang jenguk mereka, tidak berceramah pun tidak mengapa.

“Itu permintaan mereka, Pemuda tidak berhak halang sesiapa berkempen dalam negara demokrasi asalkan dibuat pernuh tertib,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Pembabitan Najib pada PRK Cameron Highlands menerima pelbagai reaksi, termasuk daripada bekas Naib Presiden UMNO merangkap

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia