Harian Metro

Wanita dakwa ternampak objek berwarna putih

-

Subang Jaya: Seorang wanita warga Malaysia yang dalam penerbanga­n dari Makkah selepas selesai mengerjaka­n umrah ternampak satu objek berwarna putih di sekitar Selat Melaka pada 8 Mac 2014. Di Indonesia, sekumpulan nelayan ternampak sebuah pesawat dalam keadaan berasap sebelum seolah-olah mendarat di laut dekat Lautan Sumatera, dekat Selat Melaka pada pagi 8 Mac 2014.

Pada tarikh sama, pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbanga­n MH370 dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 orang terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

Ketiga-tiga kejadian berkenaan berlaku pada tarikh sama dan pada waktu yang hampir sama dan dua daripadany­a di lokasi sama iaitu Selat Melaka.

Timbul persoalan adakah pesawat MH370 benar-benar terhempas di lokasi berkenaan seperti disaksikan wanita warga Malaysia ketika berada di dalam pesawat dan sekumpulan nelayan warga Indonesia yang menangkap ikan di laut. kami.

“Saya berpesan kepada rakan kru tidak menghebohk­an perkara itu, namun sebaik pulang ke darat perkara berkenaan tersebar dengan cepat dan bagi mengelak sesuatu yang tidak baik, saya membuat aduan di pejabat konsulat Malaysia Medan.

“Bagaimanap­un aduan saya itu seolah tidak diendahkan kerana saya tidak mempunyai sebarang bukti berhubung insiden. Tiada untung, tiada rugi kepada saya jika mereka tidak percaya. Ini kerana saya tidak membuat apa-apa tuntutan,” katanya.

Ketika di akhir pertemuan itu, Rusli memegang sebuah al-Quran sebelum bersumpah dia dan tiga lagi kru menyaksika­n insiden berkenaan yang dipercayai pesawat MH370.

“Saya bersumpah dengan al-Quran, saya menyaksika­n sendiri pesawat berkenaan dalam keadaan berasap dan bergerak ke kiri, ke kanan sebelum seperti mendarat di air lalu tenggelam,” katanya.

Susulan itu Rusli menyerahka­n data GPS , bukti di tapak kejadian dan impak kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Dr Jacob George.

Sementara itu, Dr Jacob berkata pihaknya secara rasmi akan menghantar hasil bukti ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menunggu tindakanny­a untuk menyelesai­kan perkara ini.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, sebelum ini dilaporkan hilang daripada radar.

 ??  ?? DR Jacob (kanan) bersama dua orang warga Indonesia, Rusli (tengah) dan Wasirin Jamal yang mendakwa lihat pesawat terhempas di Lautan Sumatera, semalam.
DR Jacob (kanan) bersama dua orang warga Indonesia, Rusli (tengah) dan Wasirin Jamal yang mendakwa lihat pesawat terhempas di Lautan Sumatera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia