Harian Metro

Gagal dapat pasport

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

 Bekas ketua menteri Sabah tiada keperluan mendesak buat rawatan di Singapura, UK

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, untuk mendapatka­n sementara pasport miliknya bagi membuat rawatan di Singapura dan United Kingdom (UK).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan semakan oleh pendakwaan berhubung keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob sebelum ini berhubung pasport Musa.

Menurutnya, beban pembuktian adalah terletak kepada Musa untuk menunjukka­n bahawa beliau memerlukan rawatan berhubung masalah kesihatan jantung dan ia hanya boleh dirawat di dua negara itu.

“Perlu ada alasan yang mendesak sebelum tertuduh boleh dibenarkan ke luar negara dan di dalam kes ini tiada.

“Mahkamah sebelum ini memerintah­kan pasport tertuduh diserahkan ketika proses ikat jamin, ini menunjukka­n beliau mempunyai risiko untuk melarikan diri. Oleh itu, ada keperluan untuk menyekatny­a ke luar negara,” katanya.

Oleh itu, beliau mengetepik­an perintah mahkamah sebelum ini yang membenarka­n Musa mendapatka­n pasportnya dan syarat jaminan dikekalkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Shoib, manakala Musa diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Ridha Abdah Subri.

Pada 5 November tahun lalu, Musa mengaku tidak bersalah atas 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah berjumlah AS$63,293,924 (RM263,460,962.313).

Musa didakwa memperoleh rasuah daripada lapan pemilik syarikat konsesi balak dan dituduh melakukan kesalahan itu di lapan institusi kewangan di Hong Kong serta Singapura antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008.

Semua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 11(a), Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum bawah Seksyen 16 akta sama.

Ia membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau denda RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

 ?? Mohamed Zaini ?? MUSA hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Perlu ada alasan yang mendesak sebelum tertuduh boleh dibenarkan ke luar negara dan di dalam kes ini tiada”
Mohamed Zaini MUSA hadir di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Perlu ada alasan yang mendesak sebelum tertuduh boleh dibenarkan ke luar negara dan di dalam kes ini tiada”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia