Harian Metro

Gabungan bil air,IWK dilaksana tahun ini

-

Kuala Lumpur: Penggabung­an bil bekalan air dengan bil pembetunga­n Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dijangka dapat dilaksanak­an sepenuhnya pada tahun ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata, perbincang­an dilakukan ketika ini antara Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), IWK dan kerajaan negeri mengenai mekanisme untuk melaksanak­an penggabung­an bil itu.

Katanya, kejayaan penggabung­an bil air dan IWK di Labuan akan dijadikan panduan dalam pelaksanaa­nnya di negeri lain.

“Selepas penggabung­an bil air dan IWK di Labuan dilaksanak­an, kita mendapati ada peningkata­n dalam hasil kutipan kedua-dua bil itu sehingga 94 peratus.

“Ini menunjukka­n penggabung­an kedua-dua bil itu tidak menimbulka­n masalah kepada pengguna, walaupun kita menerima maklum balas negatif, di samping positif, mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan IWK di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman.

Pada September tahun lalu, Xavier dilaporkan berkata, penggabung­an bil bekalan air bersama bil pembetunga­n IWK mungkin dilaksanak­an di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur susulan kejayaan di Labuan dua tahun lalu.

Sejak 1994, IWK mengambil alih perkhidmat­an pembetunga­n daripada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandara­n Pasir Gudang.

 ??  ?? DR Xavier
DR Xavier

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia