Harian Metro

Pasukan khas Jabatan Perikanan siasat

-

Johor Bahru: Jabatan Perikanan Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan hampir empat tan ikan bandaraya memenuhi sungai Skudai.

Pengarahny­a, Zamani Omar berkata, pasukan khas ditubuhkan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai perkara itu dan siasatan serta kajian perlu dilakukan bagi mengetahui puncanya.

“Berita berkenaan mendakwa ia berlaku sejak 10 tahun lalu dan jumlahnya terlalu banyak, jadi kami tidak boleh terburu-buru dan memastikan keadaan sebenar.

“Selain itu, kami perlu mencari punca kejadian bagi memastikan dapat mengambil langkah pencegahan supaya ia tidak berulang,” katanya dihubungi semalam.

Menurutnya, selesai meneliti keadaan (sekiranya benar) dan mencari punca, mereka akan membuat kajian bagi memastikan kehadiran ikan berkenaan tidak mengganggu ekosistem sungai.

Katanya, keadaan sama berlaku di Sungai Muar beberapa tahun lalu di mana ada pihak membuang ikan keli Afrika hingga mengganggu ekosistem sungai berkenaan.

“Hasil siasatan, kami dapati ikan keli Afrika dibuang oleh pengurusan sebuah tokong yang mendakwa ia membawa tuah. Selepas diberikan penerangan, mereka tidak mengulangi perbuatan itu dan kami mengambil langkah ‘semula jadi’ untuk melindungi hidupan sungai atau ekosistem Sungai Muar.

“Alhamdulil­lah, keadaan terkawal dan pendekatan sama perlu diambil bagi memastikan ekosistem sungai terpelihar­a,” katanya.

Kehadiran ikan bandaraya atau lebih dikenali sebagai ikan tombot dalam kalangan nelayan sejak kebelakang­an ini menyebabka­n golongan itu kerugian, malah setiap kali selepas hujan, ikan tombot mencecah 15 kilogram (kg) akan terlekat di jaring.

Ikan bandaraya yang biasanya hanya bersaiz kecil,

 ??  ?? ZAMANI
ZAMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia