Harian Metro

Tombot biak mendadak

- Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my

 Kehadiran ikan tak boleh makan sebabkan nelayan rugi

kini boleh ditemui dengan saiz besar sehingga ada yang menemui ikan bandaraya seberat 500 gram.

Ketua Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama Osman Kassim berkata, kehadiran ikan tombot itu yang tidak boleh dimakan dikesan sejak hampir 10 tahun lalu namun jumlahnya tidak banyak.

“Malangnya, sejak pembanguna­n pesat di kawasan berhampira­n beberapa tahun kebelakang­an ini, jumlah ikan ini bertambah dengan mendadak.

“Lebih malang, selepas hujan, ikan ini akan naik dan melekat di jaring menyebabka­n nelayan terpaksa menghabisk­an masa membuangny­a dan tidak boleh mencari ikan lain.

“Sebelum ini, ikan itu hanya ditemui di hulu Sungai Skudai berhampira­n pintu loji tadahan air di Skudai namun kini ia boleh ditemui di hilir sungai berhampira­n Taman Tampoi Utama,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini nelayan boleh menjaring ikan patin, keli, talapia, baung atau terebol namun sejak pembanguna­n pesat, mereka hanya boleh menjaring patin atau keli.

“Kami tidak pasti apa puncanya jumlah ikan lain berkuranga­n, sama ada air tercemar akibat pembanguna­n atau kehadiran ikan tombot ini.

“Sebelum ini, ikan tombot hanya ditemui di kawasan hulu namun sejak kebelakang­an ini, ia boleh ditemui di sini,” katanya.

Nelayan, Badrul Hisham Mohamed, 51, yang berasal dari Kampung Seri Jaya Baru berharap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah terbabit.

 ??  ?? OSMAN menunjukka­n ikan bandaraya yang ditemui di hilir sungai berhampira­n Taman Tampoi Utama.
OSMAN menunjukka­n ikan bandaraya yang ditemui di hilir sungai berhampira­n Taman Tampoi Utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia