Harian Metro

Teresak-esak kena jel 13 tahun

-

Seorang buruh ladang menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabka­n kematian jirannya tiga tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Hafizu Md Hanafi, 37, dan memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 November 2016.

Tertuduh dilihat berpelukan dengan ibu dan abangnya yang turut hadir di mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian Rojali Muslim, 30, di tepi Jalan Aring 8-Kuala Berang di Gua Musang, jam 4 pagi pada 11 November 2016.

Hafizu didakwa mengikut Seksyen 304

(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, hasil bedah siasat dijalankan mengesahka­n kematian mangsa berpunca daripada tempurung kepala retak dan pendarahan otak akibat pukulan benda tumpul dan keras.

Terdahulu, peguam

Alias Ibrahim dalam rayuan memohon hukuman penjara minimum terhadap anak guamnya yang kesal dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.

“Kemarahan itu wujud akibat rasa tanggungja­wab seorang abang terhadap adik iparnya yang disyaki berada bersama mangsa,” katanya.

 ??  ?? HAFIZU dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
HAFIZU dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia