Harian Metro

Bapa durjana!

- Izlaily Nurul Ain Hussein dan Ahmad Ismail cnews@nstp.com.my

 Tertuduh mengaku perkosa anak perempuan OKU dipenjara 20 tahun, tujuh sebatan

Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak perempuann­ya yang juga orang kurang upaya (OKU), tahun lalu.

Hakim Rashidah Roslee menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 51 tahun menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun (ketika kejadian) di rumahnya di Batu Anam di sini, antara Januari 2018 hingga 10 Mac 2018.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu melakukan amalan seksual fizikal ke atas mangsa yang sama di rumah sama, jam 6.45 pagi, 11 Mac 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun dengan tujuh sebatan bagi pertuduhan pertama dan 10 tahun penjara bagi pertuduhan kedua, namun memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 20 Mac 2018.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suriani Ujang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, perbuatan suspek diketahui seorang lagi anak perempuann­ya yang juga kakak kepada mangsa selepas dimaklumka­m guru mangsa bahawa mangsa yang juga pelajar pendidikan khas itu tidak hadir ke sekolah.

Kakak mangsa pergi ke rumah suspek dan masuk ke bilik mangsa sebelum melihat suspek menindih badan mangsa dalam keadaan hanya memakai seluar pendek.

Mangsa memberitah­u kakaknya, bapa mereka sering melakukan perbuatan itu dan kakak mangsa syak mangsa dirogol suspek.

Mangsa mendakwa bapanya sering mencabulny­a dan melakukan lebih daripada itu ketika tiada orang di rumah.

Mangsa dikatakan tinggal bersama bapanya dan seorang lagi adik lelaki berusia 10 tahun selepas ibu mereka meninggal dunia sejak mereka kecil.

Adik lelaki mangsa juga menyatakan pernah melihat bapanya bogel di dalam bilik mangsa.

Hasil pemeriksaa­n interim di Hospital Segamat mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

 ?? FOTO: AHMAD ISMAIL ?? ANGGOTA polis mengiringi tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen Segamat, semalam.
FOTO: AHMAD ISMAIL ANGGOTA polis mengiringi tertuduh keluar dari Mahkamah Sesyen Segamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia