Harian Metro

Teksi lalok tumpas

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 2 lelaki menyamar pemandu permudah edar dadah RM200,000

8.30 malam itu dilakukan susulan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

“Kami turut merampas satu kilogram dadah jenis syabu dianggarka­n bernilai antara RM150,000 hingga RM200,000.

“Selain itu, dua kenderaan model Perodua Alza serta sebuah teksi Proton Saga BLM yang disewa dua suspek untuk mengedar dadah turut dirampas,” katanya pada sidang media di IPD Serdang di sini, semalam.

Menurut Ismadi, siasatan mendapati kumpulan ini aktif mengedar dadah di daerah ini sejak enam bulan lalu dan mendapat bekalan dadah daripada pembekal di sekitar Selangor.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif syabu dan memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n kes jenayah dan kesalahan narkotik.

“Mereka direman tujuh hari bermula semalam hingga 21 Januari ini bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Universiti, Seri Kembangan di sini pada jam 4.30 petang, kelmarin, kerana disyaki aktif mengedar dadah di daerah ini.

“Suspek akan ditahan di lokap IPD Serdang lebih kurang 60 hari bagi membolehka­n polis dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menjalanka­n siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LPPK) 1985.

“Susulan penahanan suspek, kita turut merampas sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson miliknya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ismadi turut menggesa masyarakat untuk tampil menyalurka­n maklumat berhubung apa juga kegiatan penyalahgu­naan dadah yang ada di sekeliling mereka.

 ??  ?? ISMADI (tengah) menunjukka­n kunci kereta dan syabu yang dirampas pada sidang media di IPD Serdang, semalam.
ISMADI (tengah) menunjukka­n kunci kereta dan syabu yang dirampas pada sidang media di IPD Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia