Harian Metro

‘Syukur ayah pulang ke Malaysia’

-

“Saya bersyukur ayah dapat dibawa pulang ke Malaysia selepas 33 hari menerima rawatan di London, United

Kingdom (UK),” ujar Nurul Aisyah Sahrom, 24.

Dia berkata, bapanya, Sahrom Ahmad, 59, yang diserang strok sebaik saja tiba di negara itu untuk meraikan majlis graduasi anaknya, Nur Amalina Disember lalu, selamat tiba di Malaysia jam 6 petang semalam.

“Ayah kini berada di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Dia tiba di Malaysia kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) diiringi kakak dan ibu saudara menggunaka­n pesawat Malaysia Airlines (MAS),” katanya ketika dihubungi wartawan.

Pada 12 Disember lalu, Sahrom diserang strok sebaik saja tiba di UK untuk meraikan majlis graduasi anaknya.

Beliau turut mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Charing Cross, London untuk menyelamat­kan nyawanya.

Selepas tiga minggu dirawat keadaannya semakin stabil dan pihak hospital membenarka­n keluarga membawa Sahrom pulang ke Malaysia.

Sengaja menyewa dan menyamar pemandu teksi bertujuan bagi memudahkan penghantar­an bekalan dadah kepada pelanggan.

Itu taktik digunakan dua lelaki yang akhirnya terbongkar selepas ditahan di pekarangan sebuah hotel di Taman Equine, Seri Kembangan, di sini, kelmarin

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, penahanan dua suspek berusia 30-an dan 40-an pada jam

 ??  ?? SAHROM menerima rawatan di London akibat serangan strok.
SAHROM menerima rawatan di London akibat serangan strok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia