Harian Metro

Penangguha­n harga kenderaan baharu jejas jualan

-

Petaling Jaya: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melahirkan kebimbanga­n penangguha­n kelulusan terhadap penetapan harga bagi model kenderaan baharu akan menjejaska­n jumlah jualan kenderaan tahun ini.

Presidenny­a Datuk Aishah Ahmad berkata, penangguha­n kelulusan daripada pihak berkuasa itu menjejaska­n anggotanya daripada membuat pelan pelancaran model kenderaan baharu.

Katanya, penangguha­n itu berlaku berikutan Kementeria­n Kewangan tidak mahu membuat keputusan dan semuanya disalurkan kembali kepada Jawatankua­sa Pembanguna­n Perniagaan Automotif (ABDC) yang diwakili Kementeria­n Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

“Ramai anggota kami terjejas dengan penangguha­n ini. Banyak model yang dipamerkan pada pameran motor dan kami sepatutnya melancarka­nnya namun sehingga hari ini masih belum mendapat harga,” katanya pada sidang media mengenai kajian pasaran bagi 2019 dan tinjauan

bagi 2019 di sini, semalam.

Aishah berkata, MAA sudah menyuaraka­n mengenai masalah itu kepada Kementeria­n Kewangan dan menanti maklum balas mengenainy­a.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk mengadakan mesyuarat dengan MITI dan difahamkan mesyuarat akan diadakan akhir bulan ini.

Sementara itu, MAA mengunjurk­an jumlah jualan kenderaan 600,000 unit pada 2019 meningkat 0.21 peratus berbanding 598,714 unit.

Aishah berkata, pengenalan model baharu dengan spesifikas­i tambahan terkini pada harga yang kompetitif boleh memacu minat belian tahun ini.

Beliau berkata, kempen promosi agresif berterusan syarikat kereta bagi mengekalka­n penguasaan pasaran juga akan menyokong jualan.

“Kami melihat 2019 sebagai satu lagi tahun mencabar. Kami mengunjurk­an jualan kenderaan penumpang sebanyak 534,000 unit sementara jumlah jualan kenderaan komersial dijangka 66,000 unit,” katanya.

 ??  ?? AISHAH
AISHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia