Harian Metro

IPO QSR SUKU KEDUA

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Dana diraih digunakan untuk kembang operasi pada masa depan

dan kami juga yakin dapat mencapai semua sasaran yang dibuat pada tahun ini,” katanya

QSR Brands mengendali­kan operasi rangkaian restoran KFC, Pizza Hut serta produk jenama Ayamas dan Life.

Sementara itu, menurutnya anak syarikat QSR Brands, Pizza Hut Malaysia menyasarka­n pembukaan cawangan ke-400 menjelang suku pertama tahun ini.

Malah, pihaknya akan membuka 15 cawangan baharu tahun ini bagi terus mengukuhka­n kedudukann­nya dalam pasaran.

“Kami juga akan mengukuhka­n platform digital secara besar-besaran untuk memberikan keselesaan dan akses mudah bagi pengalaman menikmati makanan, bawa pulang dan penghantar­an Pizza Hut.

“Selain peluasan cawangan fizikal, pembaharua­n dalam aspek digital amat penting bagi menarik lebih ramai pelanggan dan memastikan kami kekal relevan di pasaran berikutan tabiat pelanggan yang pantas berubah,” katanya pada majlis makan tengah hari Pizza Hut Malaysia bersama media di sini, semalam.

Pada masa ini, syarikat itu memiliki 393 cawangan di seluruh negara dengan sebahagian besarnya membabitka­n restoran manakala selebihnya adalah cawangan penghantar­an Pizza Hut Delivery (PHD).

Merrill berkata, Pizza Hut Malaysia akan memberi fokus kepada golongan dewasa muda Malaysia sebagai sasaran utama di mana ia akan membawa kepada pelaksanaa­n kerjasama dengan pelbagai pihak pada tahun ini.

“Kami juga akan lebih aktif dalam aktiviti sosial bagi memberi peluang kepada kami untuk meluaskan jenama Pizza Hut di pelbagai platform untuk kekal segar dan signifikan dalam industri makanan dan minuman (F&B),” katanya.

Dalam masa sama, Pizza Hut Malaysia memperkena­lkan menu piza terbaharun­ya bersempena Tahun Baru Cina ini iaitu piza Krabby Cheese yang kini boleh dinikmati di semua restoran, bawa pulang atau penghantar­an bermula Januari hingga Februari depan.

 ?? Merrill Pereyra ?? Kami melihat tahun ini akan membawa prospek baik terutama sekali melalui aktiviti penyenarai­an terbabit dan kami juga yakin dapat mencapai semua sasaran yang dibuat pada tahun ini”
Merrill Pereyra Kami melihat tahun ini akan membawa prospek baik terutama sekali melalui aktiviti penyenarai­an terbabit dan kami juga yakin dapat mencapai semua sasaran yang dibuat pada tahun ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia