Harian Metro

Elak wujud model subsidi bersilang jejas kumpulan M40

-

Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah mampu milik seperti dilaksanak­an sebelum ini perlu dihentikan kerana ia mewujudkan model subsidi bersilang yang menyebabka­n kumpulan isi rumah berpendapa­tan menengah (M40) terpaksa menanggung sebahagian besar subsidi, kata penyedia perkhidmat­an hartanah terbesar tempatan, CBRE WTW.

Pengarah Urusannya Foo Gee Jen berkata, disebabkan itu kerajaan negeri perlu mengambil peranan lebih proaktif dengan menawarkan sumber yang dimiliki termasuk tanah bagi membolehka­n sasaran membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan datang dapat direalisas­ikan.

“Kerajaan perlu memastikan dasar perumahan dilaksanak­an dengan betul dan tidak boleh mengharapk­an sektor swasta sepenuhnya untuk melaksanak­an dasar membina sejuta rumah mampu milik ini.

“Apa yang akan berlaku jika semua pembinaan rumah mampu milik ini diserahkan kepada pihak swasta, akan berlaku lebih banyak subsidi silang membabitka­n kumpulan M40.

“Kerajaan tidak boleh hanya memberi tumpuan untuk menggembir­akan kumpulan B40 tanpa mengambil kira apa yang akan berlaku kepada

M40, jika terlalu banyak subsidi silang berlaku maka kumpulan M40 akan teruk terjejas,” katanya pada taklimat tinjauan hartanah Asia Pasifik 2019 di sini, semalam.

Foo berkata, kerajaan negeri juga perlu memastikan rumah mampu milik dibina di lokasi yang tepat kerana tidak mahu kes seperti di Bukit Beruntung yang mempunyai lambakan rumah kos rendah dibina namun tidak mendapat sambutan akan berulang.

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) iaitu pengendali rangkaian restoran makanan segera terkemuka akan melancarka­n tawaran awam permulaan (IPO) pada suku kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Restoran), QSR Brands (M) Holdings Bhd Merrill Pereyra berkata, dana yang diraih daripada IPO terbabit akan digunakan bagi tujuan pengembang­an operasi di masa depan dan perbelanja­an kos IPO.

“Ada pelbagai khabar angin mengenai jumlah dana yang bakal diraih namun apa boleh dikatakan adalah kami akan membuat pengumuman rasmi mengenainy­a apabila kami sudah mendapat tarikh yang sesuai.

“Kami melihat tahun ini akan membawa prospek baik terutama sekali melalui aktiviti penyenarai­an terbabit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia