Harian Metro

Strategi jual 10,000 motosikal

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

 MODENAS yakin kerjasama dengan BAL bantu syarikat kukuh penguasaan pasaran

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), pembuat dan pengeluar motosikal jenama Modenas menyasarka­n jualan 10,000 unit tahun ini untuk motosikal segmen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Amirudin Abd Kadir berkata, model hasil kerjasama strategik dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) itu terdiri daripada Dominar D400, Pulsar RS200 dan NS200 serta V15 melihatkan peningkata­n positif sejak diperkenal­kan pada 2017.

“Dominar D400 dilancarka­n pada April 2018 terjual sebanyak 1,100 unit dalam tempoh kurang setahun menjadikan jumlah keseluruha­n yang terjual sekitar 9,800 sehingga kini,” katanya pada majlis Pulsar Dareventur­e Malaysia di sini, semalam.

Modenas juga mencatatka­n penguasaan pasaran segmen dalam motosikal di bawah 1,000cc sebanyak 40 peratus dan bagi jumlah keseluruha­n pula sekitar enam peratus di negara ini. Bagi meningkatk­an jumlah jualan, Modenas bakal memperkena­lkan dua varian baru dalam segmen dan untuk mengekalka­n momentum dalam mengukuhka­n jenama dan produk.

Katanya, pasaran jualan motosikal di Malaysia meningkat dua peratus tahun lalu daripada jumlah 570,000 unit dicatatkan dan 79 peratus daripadany­a ialah motosikal atau

“Kami bakal melengkapi penawaran daripada varian rendah dan premium serta memperkena­lkan model yang dinantikan ke dalam pasaran tidak lama lagi,” katanya.

Modenas memperuntu­kkan RM1.3 juta untuk penambahan pusat

tahun ini daripada 15 ke 45 pada suku pertama 2019 di seluruh negara.

Ia dilengkapi peralatan khas untuk menganalis­is dan membaiki Modenas bagi khidmat selepas jualan yang terbaik serta penjagaan enjin lebih rapi kepada pemilik.

Terdahulu Amirudin melancarka­n

program

realiti

untuk saluran Modenas Malaysia akan menampilka­n 10 penunggang mengharung­i cabaran dalam lapan episod menggunaka­n model Modenas Pulsar NS200 yang bakal memulakan siaran pada 8 Februari hadapan.

 ??  ?? AMIRUDIN (kiri) bersama Pengurus Negara Bajaj Malaysia, Anurag Sharma ketika melancarka­n Pulsar Dareventur­e Malaysia Edition di Shah Alam, semalam.
AMIRUDIN (kiri) bersama Pengurus Negara Bajaj Malaysia, Anurag Sharma ketika melancarka­n Pulsar Dareventur­e Malaysia Edition di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia