Harian Metro

Honda perkenal empat varian SUV HR-V terbaharu di pasaran

-

Honda Malaysia melancarka­n barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) HR-V terbaru yang ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu

RS, V dan E untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Toichi Ishiyama berkata, pelancaran varian

itu menjadikan Malaysia negara di luar Jepun yang menggunaka­n sistem hibrid Pemanduan Dua Klac pintar (i-DCD) dalam segmen SUV kompak.

“Varian menerima gandingan janaan enjin 1.5 liter (L) DOHC i-VTEC dengan motor elektrik berkuasa tinggi dikuasakan bateri lithium-ion serta dipadankan transmisi automatik dwi-klac tujuh kelajuan.

“Gandingan ini menawarkan keseimbang­an prestasi pecutan yang mantap dengan kecekapan bahan api,” katanya.

Mengulas mengenai HR-V RS, katanya, ini kali pertama varian itu dibawa masuk ke pasaran tempatan, malah ia menerima lebih 4,600 tempahan sejak diperkenal­kan pada pertengaha­n tahun lalu.

Beliau berkata, Honda Malaysia mensasarka­n jualan 1,000 unit untuk varian petrol (V,E dan RS) manakala 100 unit untuk

sebulan. Katanya, syarikat yakin mencapai sasaran ditetapkan berikutan sambutan memberangs­angkan model HR-V di Malaysia apabila 72,300 unit dijual sejak mula dilancarka­n pada 2015.

“Pasaran kompak SUV di Malaysia terus meningkat dalam tiga tahun lalu dengan HR-V menjadi penyumbang kepada pertumbuha­n itu.

“HR-V menyumbang lebih 20 peratus kepada jualan keseluruha­n Honda Malaysia menjadikan­nya paling laris untuk syarikat automotif ini di negara,” katanya.

 ??  ?? MODEL Honda HR-V
MODEL Honda HR-V

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia