Harian Metro

Sasar jual 10,000 unit

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

 Goodnite lancar model tilam terbaharu Love Series II

Goodnite Internatio­nal Sdn Bhd melancarka­n tilam baharunya, Love Series II dan menyasarka­n jualan lebih 10,000 unit bagi model itu sepanjang tahun ini.

Pengarah Urusannya, Teo Yek Ming berkata, pihaknya yakin jumlah terbabit dapat dicapai terutama menerusi pengenalan sistem gegelung poket dua lapisan yang pertama di Malaysia.

Katanya, teknologi yang dibawa khas dari Jerman itu mempunyai ciri premium yang membantu menjaga tulang belakang pengguna.

“Kami komited memberi produk yang terbaik kepada masyarakat dan jenama Goodnite bukan saja terkenal di negara ini, malah mendapat permintaan dari negara lain.

“Selain dipasarkan di Malaysia, barisan tilam Goodnite juga kini berada di pasaran seperti Australia, Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja dan Myanmar,” katanya kepada Bisnes NSTP, selepas pelancaran Tilam Goodnite Love Series II, di sini, semalam.

Menurutnya, tilam Goodnite turut mendapat permintaan tinggi dari China dan pihaknya merancang untuk meluaskan pasaran ke negara itu pertengaha­n tahun 2019.

Teo berkata, pihaknya juga merancang membuka kilang baharu yang juga keempat kendaliann­ya yang bertumpu kepada pengeluara­n tilam lateks.

“Semua kilang kami beroperasi di Klang termasuk kilang baharu ini dan ia dijangka siap sepenuhnya pertengaha­n tahun ini.

“Bagi pasaran China kami akan memasarkan tilam lateks premium berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tilam Goodnite Love Series II dijual bermula pada harga RM5,399 hingga RM5,999.

 ??  ?? ORANG ramai mencuba tilam baharu pada pelancaran Goodnite Love Series II.
ORANG ramai mencuba tilam baharu pada pelancaran Goodnite Love Series II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia