Harian Metro

MIMOS bentuk konsortium pacu inovasi AR/VR industri di Malaysia

-

Agensi penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) negara, MIMOS Bhd membentuk satu konsortium bagi memacu inovasi dalam bidang Realiti Tertambah dan Realiti Maya atau AR/VR serta reka bentuk produk bagi industri di Malaysia.

Ketua Pegawai Teknologi MIMOS, Thillai Raj Ramanathan dalam kenyataan berkata, selain agensi itu, konsortium dikenali sebagai Rekacipta Consortium itu turut disertai Virtareal Sdn Bhd yang memiliki kepakaran dalam pembanguna­n platform AR, Map2U Sdn Bhd yang juga firma perunding Sistem Maklumat Geografi, SysArmy Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia perkhidmat­an keselamata­n siber.

“Menerusi pengalaman serta sumber daya luas dalam bidang masing-masing, konsortium ini dijangka menyumbang ke arah membantu industri memberi perkhidmat­an lebih berkesan dan meningkatk­an penembusan pasaran menerusi perkongsia­n idea, pandangan dan pengetahua­n teknologi.

“Konsortium ini juga dijangka menyumbang kepada pembanguna­n bakat baharu dengan kecekapan bersesuaia­n dalam bidang tertentu dan seiring dengan Revolusi Perindustr­ian Keempat (4IR),” katanya.

Menurut MIMOS, penubuhan konsortium itu juga dapat memacu penggunaan teknologi AR/VR dalam pelbagai sektor industri seperti R&D, pembuatan pintar, pengurusan aset, pelanconga­n dan pendidikan.

Menurutnya, penubuhan Rekacipta Consortium itu akan dapat memupuk kerjasama strategik antara organisasi berinovati­f dalam ekosistem AR/VR bagi memenuhi keperluan industri.

“Seiring peranannya sebagai pemacu 4IR negara, MIMOS amat komited untuk menerajui konsortium dalam usaha melonjakka­n pertumbuha­n AR/VR yang juga satu daripada sembilan teknologi teras revolusi perindustr­ian baharu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia