Harian Metro

PitchIN rancang kumpul RM16 juta

-

Kuala Lumpur: Platform pendanaan awam ekuiti Pitch Platforms Sdn Bhd, PitchIN merancang untuk mengumpulk­an sebanyak RM16 juta melalui 16 tawaran pada tahun ini berbanding RM13.6 juta yang terhimpun dalam lapan tawaran pada 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif PitchIN, Sam Shafie berkata, pelabur dilihat sudah mula cenderung untuk memasuki pasaran khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan oleh itu, industri pendanaan awam ekuiti (ECF) juga mendapat tempias dan akan lebih bertenaga.

“Orang ramai berwaspada pada tahun lalu disebabkan ketidakten­tuan yang menyelubun­gi PRU14. Amat jelas sekali, faktor domestik menjadi penentu dalam menentukan sentimen pasaran.

“Bagaimanap­un, sejak Jun 2018, kita mula mencatatka­n transaksi hampir setiap bulan sehingga menjelang Disember pada tahun lalu,” katanya selepas majlis pelancaran Laporan ECF 2018 syarikat itu di sini.

Ketika mengulas mengenai unjuran 2019, katanya, indikator mengenai arah ECF hanya dapat dilihat selepas suku tahun pertama tahun ini.

“Melihat gambaran industri secara menyeluruh, bilangan tawaran yang berjaya dicatatkan oleh keseluruha­n industri ECF menurun kepada 14 kempen (pendanaan awam) pada 2018 berbanding 22 kempen pada 2017.

“Daripada 22 kempen ini, lapan tawaran disumbangk­an oleh kami, ia mewakili 57 peratus pasaran untuk tawaran ECF pada tahun lalu,” katanya.

Mengenai pasaran sekunder untuk pelabur ECF pelabur, Sam berkata, PitchIN bersedia bagi pelancaran pasaran sekunder.

“Kami tidak sabar untuk mendengar sebarang pengumuman mengenai rangka kerja pasaran sekunder yang akan dimaklumka­n pada tahun ini dan ini akan menambahka­n lagi kecairan yang perlu kepada pasaran ECF,” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? SAM (kanan) pada majlis pelancaran Laporan ECF 2018 syarikat.
SAM (kanan) pada majlis pelancaran Laporan ECF 2018 syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia