Harian Metro

LIPAN KESAYANGAN

- Agensi

 Pelajar universiti jadikan haiwan berbisa binatang peliharaan

Haiwan berwajah comel dan manja sering dijadikan binatang kesayangan tetapi lain pula kisahnya seorang lelaki di sini, yang menjadikan seekor lipan gergasi sebagai haiwan peliharaan­nya.

Daily Mail melaporkan, pelajar biologi di Taiwan, Neil Cheng Le, 26, membeli lipan gergasi dari Peru itu pada 2014 ketika ia masih kecil dan kini ia membesar sepanjang 43 sentimeter.

Dalam satu rakaman video yang tular di Internet menunjukka­n Cheng Le tidak berasa takut untuk membiarkan serangga peliharaan­nya merayap di atas lengannya yang terdedah sebelum ia menikmati makanan kucing.

Namun pelajar itu tidak menggalakk­an rakan berbisanya itu untuk disentuh atau dibelai oleh sesiapa dan memberi amaran hanya pakar berupaya mengendali­kan makhluk berbahaya itu.

“Sudah pasti ada risiko untuk menangani serangga berbisa dan ia harus ditangani oleh mereka yang berpengala­man.

“Gigitannya pasti menyakitka­n tetapi saya berasa selamat kerana saya seorang pencinta arthropod yang berpengala­man.

“Saya tidak bermasalah membiarkan ia merayap di badan dan memberinya makan terus dari tangan,” katanya.

Cheng Le berkata, rakan sebiliknya juga mempunyai haiwan berbisa kesayangan­nya sendiri. Ia sangat baik dan mudah dikendalik­an.

“Bagaimanap­un, anda memerlukan pengalaman dan pengetahua­n yang betul untuk menjaga kesihatann­ya.”

 ??  ?? CHENG Le gemar membiarkan lipan peliharaan­nya merayap di tubuhnya. - Agensi
CHENG Le gemar membiarkan lipan peliharaan­nya merayap di tubuhnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia