Harian Metro

Pokok kapas sudah tumbuh di bulan

-

Beijing: Pokok kapas kini tumbuh di bulan selepas kejayaan kapal angkasa China, Chang’e-4, menyemai benih tumbuhan itu sejak mendarat awal bulan ini.

Gambar yang dikeluarka­n Pentadbira­n Angkasa Negara China (CNSA) menunjukka­n pokok kapas berkenaan sudah mula tumbuh dan selepas ini, misi berkenaan akan menanam kentang.

Misi Chang’e-4 itu membawa pelbagai jenis benih ke bulan sebagai sebahagian eksperimen biosfera dan ia adalah pertama kali bahan biologi berjaya ditanam di permukaan lunar.

Chang’e-4 turut membawa benih sawi, kentang, spesies arabidopsi­s, ragi dan telur lalat buah.

Agensi angkasa China menyatakan lebih banyak tumbuhan dijangka bercambah dalam masa 100 hari akan datang.

Benih tumbuhan berkenaan disemai dalam bekas khas di dalam Chang’e-4.

Kejayaan menanam tumbuh-tumbuhan di angkasa langkah penting ke arah penerbanga­n angkasa jangka panjang ke Marikh dan seterusnya.

Gambar pokok kapas berkenaan disiarkan melalui akaun Weibo Universiti Chongqing mereka bentuk bekas khas semaian mengandung­i udara, air dan tanah.

Lalat buah yang turut dibawa ke bulan adalah model organisma yang biasa digunakan saintis bagi memahami tindak balas haiwan terhadap persekitar­an berbeza.

Masa pembiakann­ya yang pendek berguna untuk membolehka­n saintis memahami kesan genetiknya selepas beberapa generasi membiak. - AFP

 ??  ?? GAMBAR yang dirakam pada 12 Januari lalu menunjukka­n pokok kapas yang sudah mula bertunas dalam bekas semaian khas di dalam kapal angkasa Chang'e-4 di permukaan bulan. - Via AFP
GAMBAR yang dirakam pada 12 Januari lalu menunjukka­n pokok kapas yang sudah mula bertunas dalam bekas semaian khas di dalam kapal angkasa Chang'e-4 di permukaan bulan. - Via AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia