Harian Metro

Palestin melobi peroleh keahlian penuh PBB

-

New York (PBB): Palestin akan melobi untuk memperoleh keahlian penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun menghadapi ancaman Amerika Syarikat yang mengancam menggunaka­n kuasa veto untuk menghalang.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata, pihaknya akan memulakan proses melobi ahli Majlis Keselamata­n PBB bagi mendapatka­n sokongan terhadap permohonan itu beberapa minggu lagi.

“Kami tahu akan berdepan dengan undi veto Amerika Syarikat tetapi ia tidak akan menghalang kami daripada mengemukak­an permohonan untuk keahlian penuh,” katanya.

Palestin ketika ini, hanya sebagai negara pemerhati di PBB dan status keahlian penuh akan membolehka­n negara itu mendapat sokongan dan pengiktira­fan antarabang­sa.

Namun, sebarang permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu mendapat kelulusan Majlis Keselamata­n, sebelum dirujuk kepada Perhimpuna­n Agung.

Amerika Syarikat yang juga anggota tetap Majlis Keselamata­n memiliki kuasa veto untuk menolak permohonan Palestin.

Palestin pernah mengemukak­an permohonan sama pada 2011, tetapi ia tidak pernah dibentangk­an kepada Majlis Keselamata­n untuk proses undian.

Namun, sejak itu Palestin diterima menyertai Mahkamah Jenayah Antarabang­sa dan agensi warisan dunia PBB, UNESCO.

Pada 2017, Interpol meluluskan keahlian Pihak Berkuasa Palestin walaupun dibantah keras oleh Israel, antara kejayaan penting agar Palestin mendapat pengiktira­fan antarabang­sa. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia