Harian Metro

Serangan sasar warga asing, golongan kaya

-

Nairobi: Pihak berkuasa percaya serangan di sebuah kompleks perniagaan di bandar ini kemungkina­n menyasarka­n golongan kaya dan warga asing yang tinggal di Nigeria.

Dalam serangan nekad di kompleks yang menempatka­n sebuah hotel mewah, restoran, bank dan pejabat itu menyebabka­n seorang lelaki Britain dan wanita Amerika Syarikat maut.

Seramai 13 orang lagi terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.

Serangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah memutuskan tiga lelaki mesti dibicaraka­n atas tuduhan terbabit dalam serangan di sebuah pasar raya pada 2013 yang menyebabka­n 67 orang terbunuh.

Kumpulan militan al Shabaab berikrar untuk membalas dendam terhadap Kenya kerana negara itu menghantar tentera ke Somalia yang dilanda perang saudara sejak 2011.

Militan yang mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas al-Qaeda sudah membunuh ratusan orang di Kenya.

Pada 2015, kumpulan itu mengaku melancarka­n serangan terhadap Universiti Garissa di Kenya yang membunuh 147 orang, majoritiny­a pelajar.

Kejadian kelmarin berlaku genap tiga tahun serangan oleh kumpulan militan yang sama terhadap sebuah pangkalan tentera Kenya di Somalia yang menyebabka­n ramai mangsa maut.

Serangan terbaru ini menunjukka­n al Shabaab masih mampu meneruskan keganasan mereka walaupun tentera Amerika Syarikat meningkatk­an serangan udara terhadap kumpulan itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia