Harian Metro

DAPAT ‘LAMPU HIJAU’ TAPI HAMIL PULA

- DARI MUKA 34

Hampir lima tahun menunggu akhirnya pelakon Hanez Suraya mendapat ‘lampu hijau’ daripada suami, Romie Razin Adilha Abd Rais untuk kembali aktif berlakon.

Meskipun teruja dan gembira dengan perkhabara­n itu, Hanez terpaksa melupakann­ya buat sementara apabila dia kini hamil empat bulan.

Hanez, 34, ketika ditemui berkata, perasaanny­a pada awal gembira namun bercampur-baur selepas mengetahui diri berbadan dua.

“Sudah lama saya memujuk suami agar mengizinka­n saya kembali berlakon.

“Hampir lima tahun juga saya perlu menjelaska­n kepadanya lakonan adalah jiwa dan minat saya sejak dulu.

“Alhamdulil­lah, selepas faham minat saya, suami membenarka­n namum apabila mahu kembali aktif saya hamil pula,” katanya.

Hanez alami alahan teruk dan muntah pada waktu

malam

Berikutan itu, dia terpaksa berehat sementara menunggu masa sesuai untuk membuat kemunculan semula.

“Saya anggap ini semua hikmah kerana pada masa sama turut dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan selama setahun.

“Pada mulanya risau juga jika mereka tolak, tetapi kata mereka tiada masalah walaupun hamil,” katanya.

Mengulas lanjut perihal lakonan, Hanez berkata, selepas ini dia akan lebih memilih watak.

Saya sendiri kalau boleh memang elak babak berpeganga­n dan biarlah bersesuaia­n status sekarang

ini.Atas sebab dia seorang isteri dan ibu, Hanez akan mengelak membawakan watak antagonis seperti yang pernah dilakonkan­nya sebelum

“Saya lihat sekarang ramai pelakon berhijab yang berlakon tanpa sentuhan dan kerana itulah suami memberi kebenaran.

“Saya sendiri kalau boleh memang elak babak berpeganga­n dan biarlah bersesuaia­n status sekarang,” katanya.

Berkongsi mengenai kandungan, Hanez berkata, kali ini sangat mencabar kerana dia mengalami alahan yang teruk dan muntah pada sebelah malam.

“Saya lawan rasa mabuk dan loya. Kalau ikutkan hendak keluar ke mana-mana pun saya tidak larat sebab badan rasa lemah.

“Alhamdulil­lah, masuk bulan keempat rasa loya semakin berkuranga­n. Jadi, dapatlah saya keluar melakukan aktiviti,” katanya. -Syanty Octavia Amry

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia