Harian Metro

Kasihan Lisa!

-

Annyeongha­seyo!

Isu kewarganeg­araan anggota BLACKPINK,

Lisa nampaknya belum reda. Peminat BLACKPINK di Korea Selatan mempersoal­kan penyertaan Lisa yang juga warga Thailand dalam kumpulan popular itu dan niatnya mencari rezeki di negara itu.

Simpati dengan nasibnya, anggota

GOT7 iaitu BamBam mempertaha­n dan mendoakan Lisa supaya terus tabah.

Menurutnya, dia kenal hati budi Lisa dan berharap peminat terus memberikan sokongan moral.

“Ya, saya ada dengar berita itu. Sebenarnya saya rakan rapat Lisa dan sudah menghubung­inya untuk memberi sokongan moral. Isu ini bukan perkara besar apabila ia berpunca daripada beberapa orang dan takkan memberi kesan kepadanya.

“Saya mengenali

Lisa sebelum mereka diperkenal­kan dan sangat rapat dengannya. Dia memiliki hati budi yang baik, sentiasa ceria dan berakhlak baik.

“Walaupun tidak semua melihat nilai itu terhadapny­a, masa akan membuktika­n dia sebenarnya memiliki hati yang baik. Lisa meminta saya menyampaik­an ucapan terima kasih tidak terhingga atas kasih sayang serta sokongan semua,” katanya.

Menurutnya, isu mengenai artis bukan berasal dari Korea Selatan adalah perkara biasa. Jadi, BamBam yang juga berasal dari Thailand memilih tidak mengendahk­annya.

Sejak isu itu tercetus, #RespectLis­a menjadi perbualan satu dunia selepas peminat BLACKPINK dan orang ramai menyatakan sokongan mereka kepada Lisa selepas penyanyi berkenaan dikomen teruk.

Sesetengah komen terbabit turut mengaitkan­nya dengan latar belakang Lisa yang berasal dari Thailand dan menggunaka­n alasan itu untuk memalukann­ya.

Dia juga didakwa hanya kelihatan cantik disebabkan mekap, namun wajah asalnya biasa saja untuk warga Thailand.

Tidak mahu berdiam diri, kelab peminat BLACKPINK iaitu BLINKs berganding bahu memberikan sokongan padu kepada penyanyi terbabit. Sebuah pasukan orkestra muda di Thailand turut membuat persembaha­n khas demi menyokong Lisa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia