Harian Metro

Dunia seni

-

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur dengan kemenangan ini. Perancanga­n selepas ini, saya mahu kembangkan bakat dalam bidang seni.

“Saya akui kecenderun­gan saya lebih kepada bidang seni tetapi andai ada peluang untuk menceburi dunia peragaan di luar negara, akan saya pertimbang­kan demi mengharumk­an nama negara,” katanya.

Sejak muncul dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek pada Oktober tahun lalu, nama Haneesya pantas mencuri tumpuan berikutan warna kulitnya yang gelap.

Ada yang teruja, malah ada yang mengagumi tahap keyakinan gadis itu mengejar cita-cita meski fizikalnya sering dipandang sebelah mata. Di sebalik pujian, Haneesya juga berdepan kutukan hanya kerana dilahirkan berkulit gelap.

Berkali-kali membangkit­kan isu kulit menerusi laman sosialnya, ada pihak mendakwa Haneesya dahagakan perhatian.

Ditanya mengenai hal itu, Haneesya berkata, dia sekadar berkongsi rasa yang pernah dilaluinya selama ini.

“Saya bukan nak meraih simpati sesiapa tetapi sekadar kongsi pengalaman.

“Saya pernah merasai kepayahan untuk masuk dalam industri kerana diskrimina­si kulit. Apatah lagi untuk berdepan dengan masyarakat, itu jauh lebih sukar. Sebabnya, mentaliti segelintir pihak masih tidak berubah. Ada yang sukar menghargai manusia lain yang lahir dengan kepelbagai­an warna kulit.

“Tujuan saya lantang bersuara hanya untuk menyebarka­n kesedaran kepada orang awam agar sentiasa peka dengan isu sebegini. Nampak remeh tetapi tidak. Sebab tindakan mengutuk seseorang berdasarka­n warna kulit dan rupa fizikal adalah salah” katanya.

Ibu sumber kekuatan

Kata Haneesya, meskipun banyak kali melalui detik sukar dalam hidup termasuk dikutuk kerana berkulit gelap, ibu sumber kekuatan yang menyuntik semangatny­a untuk terus pandang ke depan.

“Saya berterima kasih kepada ibu kerana beliau sentiasa memberikan sokongan.

“Sejak saya kecil ibu sering memberi katakata semangat dengan cara tersendiri. Ibu selalu menunjukka­n gambar artis berkulit hitam tetapi mereka juga mampu berjaya. Sekarang saya sudah buktikan perkara serupa. Saya mahu menjadi suara kepada orang lain yang senasib agar tidak mengalah dengan hidup,” katanya.

Pentas final pada malam itu menyaksika­n kesemua lima finalis perlu menyudahka­n dua tugasan akhir mereka iaitu membuat video promosi pesanan khidmat masyarakat dan sesi soal jawab bersama juri.

Final Dewi Remaja 2018/2019 yang bertemakan Pesonakan Bintangmu diadili juri tetap Datuk Hans Isaac dan dua juri jemputan iaitu Datuk Aznil Nawawi serta Neelofa.

Program Dewi Remaja 2018/2019 yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) itu diacarakan pelakon Scha Alyahya yang juga juara Dewi Remaja 2005/2006.

 ??  ?? HANEESYA menerima ucapan tahniah daripada rakan yang sama-sama bertanding.
HANEESYA menerima ucapan tahniah daripada rakan yang sama-sama bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia