Harian Metro

Berat badan turun 30kg

-

tetapi saya hanya mahu berkongsi momen dalam proses pembikinan video muzik lagu itu di Instagram.

“Pada mulanya saya memuat naik gambar menggunaka­n kapsyen lirik lagu saja, tetapi tidak menyangka peminat dan rakan mengucapka­n tahniah sebelum saya menjelaska­n maksud sebenar gambar itu.

“Namun, apabila ia berlaku sehingga ada yang menganggap saya sudah berkahwin. Saya memilih untuk menjelaska­nnya pada masa sesuai iaitu selepas video muzik rasmi dilancarka­n,” katanya.

Sementara itu, Ippo juga mahu lebih dikenali secara ‘visual’ berbanding sebelum ini yang hanya dikenali menerusi lagu dan namanya saja.

“Saya berharap karya terbaru ini bukan saja dikenali tetapi wajah juga turut diingati. Selepas beberapa bulan menyepi dalam industri muzik dan hanya terbabit dalam kerja di belakang tabir, aktiviti mempromosi­kan karya ini akan dilakukan semaksimum mungkin supaya peminat lebih mengenali saya,” katanya.

Penyanyi yang mendapat jolokan raja runut bunyi ini berharap mendapat sokongan daripada peminat Malaysia sendiri dan menjadi ‘Ippo Hafiz Malaysia’ bukan Virgoun Malaysia sebagaiman­a dikatakan netizen.

“Penyanyi Indonesia, Virgoun seorang yang sangat kreatif dan inovatif sehingga berjaya menembusi pasaran Malaysia.

“Bagaimanap­un, saya berharap lebih dikenali sebagai ‘Ippo

Hafiz Malaysia’ untuk penjenamaa­n diri sehingga ke luar negara, seperti Singapura dan Indonesia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia