Harian Metro

AC terus beri keterujaan

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Bagi AC:O, pemain boleh pilih 2 karakter iaitu lelaki

sebagai Alexios atau wanita sebagai Kassandra

Siri permainan francais Assassins’s Creed (AC) tidak perlu diperkenal­kan lagi kerana genre permainan yang menampilka­n dunia terbuka (open world) dan berkonsepk­an Role Playing Games (RPG) cukup memberi kesan.

Sejak siri permainan itu diterbitka­n pada November 2007 yang menggunaka­n idea sebagai pembunuh upahan zaman lampau, siri AC terus menjadi kegilaan peminatnya.

Tema pengembara­an, aspek grafik berkualiti tinggi dan perkembang­an plot permainan dalam mod kempen begitu memberi kesan malah siri permainan ini pernah dinobatkan antara permainan terbaik pernah dihasilkan.

Kali ini, AC terus memberi keterujaan kepada peminatnya dengan penghasila­n siri baru iaitu Assassin’s Creed: Odyssey (AC:O) sebaik selepas dua tahun lalu AC:Origins diterbitka­n.

Namun, kali ini, plot mod kempen lebih menarik apabila pembangun siri francais iaitu Ubisoft mengembang­kan segmen permainan itu daripada pembunuh upahan secara senyap kepada pahlawan yang mahu mencari keadilan.

Bagi AC:O, pemain boleh memilih dua karakter iaitu lelaki sebagai Alexios ataupun wanita sebagai Kassandra.

Pemain juga boleh memilih tiga kemahiran utama untuk dikembangk­an iaitu pemburu (Hunter), pahlawan (Warrior) ataupun pembunuh (Assassin).

Ketiga-tiga cabang kemahiran ini memiliki kelebihan tersendiri dan ia turut mempengaru­hi karakter sepanjang permainan ini.

Lebih menarik apabila setiap cabang kemahiran itu memiliki mata tersendiri dan ia boleh diperoleh berdasarka­n tahap atau ‘level’ karakter berkenaan dan setiap peningkata­n tahap, pemain akan diberikan satu mata.

Mutu grafik dalam AC:O tidak mengecewak­an apabila semua lokasi atau latar tempat dibangunka­n secara teliti dan setiap helaian rumput juga boleh dilihat dengan terperinci.

Untuk siri terbaru AC ini, pemain akan dibawa menerusi zaman peperangan epik iaitu Peperangan Peloponnes­ian antara Sparta dan Athens.

Walaupun latar cerita dalam mod kempen adalah bersifat fiksyen, ia memberi kesan apabila setiap lokasi dan babak dalam mod berkenaan dijalin sebaiknya.

Untuk siri terbaru ini, AC membawa latar masa kira-kira 431 BCE iaitu 400 tahun sebelum siri terdahulu iaitu AC:Origins yang membawakan latar masa zaman Firaun.

Pemain juga diberi peluang untuk menjadi nakhoda kapal dan berperang di lautan terbuka dengan lanun.

Uniknya, apabila pemain diberikan kesempatan untuk memilih panglima untuk kapal laut dan ia boleh diperoleh berdasarka­n setiap lokasi dan watak komputer sepanjang mod itu.

 ??  ??
 ??  ?? LATAR permainan Assassin’s Creed: Odyssey
yang menggunaka­n
masa peperangan antara Athens
dan Sparta.
LATAR permainan Assassin’s Creed: Odyssey yang menggunaka­n masa peperangan antara Athens dan Sparta.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia