Harian Metro

Berniaga minat sebenar Nur ‘Atiqah

-

Bertukar kerjaya daripada pegawai perubatan di Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada bidang perniagaan sebenarnya bukanlah mudah.

Ini kerana berniaga menuntut pengorbana­n masa yang sangat tinggi selain disiplin dan tanggungja­wab yang bukan sedikit. Berbanding bekerja makan gaji yang semuanya sudah ditentukan dari segi masa dan juga pendapatan.

Walaupun pegawai perubatan sangat terikat dengan masa dan jadual yang tidak menentu, bagi Pengarah Urusan Bondahaven Sdn Bhd, Dr Tengku Nur ‘Atiqah Tengku Mahmood, dia mempunyai jawapan sendiri mengapa mahu beralih arah daripada doktor kepada ahli perniagaan.

Baginya berhenti sebagai pegawai perubatan tidak bermakna dia keluar daripada bidang perubatan.

“Saya masih mempunyai lesen perubatan yang sah dan menjalanka­n tugas sebagai doktor di klinik swasta kerana ia kerjaya dan impian ibu bapa suatu ketika dulu,” ulasnya.

Berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan, anak keempat daripada lapan beradik yang semuanya perempuan ini mendapat pendidikan di Kolej

MARA Banting, Selangor seterusnya melanjutka­n pengajian ke Universiti College Cork, Ireland dalam bidang perubatan.

Sekembalin­ya ke Malaysia, dia berkhidmat di hospital kerajaan terlebih dahulu sebelum menjalani penempatan terakhir di HKL sebagai pegawai> perubatan di Jabatan Psikiatri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia