Harian Metro

Tubuh spa penyusuan pertama

-

ilmu, tetapi tidak tahu mana satu ilmu daripada Google yang relevan dengan diri mereka. Apabila bertanyaka­n kepada doktor, tidak semua tahu mengenai penyusuan. Ia juga berlaku kepada saya yang berdepan masalah penyusuan selepas melahirkan anak pertama, Maryam Mohd Hareez.

Lalu saya mengambil keputusan mengikuti kursus untuk menjadi kaunselor laktasi disebabkan ingin membantu lebih ramai wanita yang mengalami masalah ini.

“Saya tahu kesukaran untuk memberikan susu badan akan memberi kesan terhadap emosi wanita. Mereka akan tertekan, bimbang, risau, sedih dan marah yang seterusnya mempengaru­hi cara menjaga anak,” katanya.

Memulakan Bondahaven tidak mudah kerana ia adalah spa penyusuan pertama di Malaysia. Untuk itu dia perlu bercerita mengenai spa berkenaan dan menerangka­n peranannya kepada masyarakat.

“Pada mulanya ramai yang keliru mengenai perkhidmat­an yang disediakan di sini dan mengapa ia digelar spa penyusuan. Sekarang, kami sudah tahu apa yang pelanggan mahukan dan menyusun semula perkhidmat­an berserta menu baru yang akan dilancarka­n pada Februari ini,” katanya.

Dari segi lain, ia membantu ibu mengatasi masalah yang tidak dapat diselesaik­an di kebanyakan klinik biasa. Begitu juga masalah ibu mengandung yang mengalami sakit belakang, bengkak kaki, kekejangan dan tidak boleh tidur.

“Menerusi kepakaran berdasarka­n sumber sains moden dan amalan tradisiona­l turun-temurun, saya bersama juruterapi berusaha menyelesai­kan masalah wanita.

“Ibu juga boleh mendapatka­n khidmat kaunseling penyusuan kerana saya sendiri menjalanka­n sesi kaunseling kepada mereka,” katanya yang juga kaunselor laktasi bertauliah.

Sangat teruja menjalanka­n perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai, Nur A’tiqah menjelaska­n, dia bersyukur kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami.

“Suami banyak membantu saya apabila saya mengalami tekanan dan kepenatan. Terkejut juga pada awalnya, kerana menjadi seorang usahawan rupanya ialah satu pilihan kerjaya yang sangat dinamik dan mencabar serta memerlukan ketahanan mental yang tinggi.

“Nasib baik juga saya terbiasa dengan cabaran sepanjang di kole perubatan dan menjalani kehidu sebagai seorang doktor pelatih, jadi saya agak kental menghada semuanya.

“Ibu banyak member asihat dan saya bersyukur mem uny adik-beradik serta rga mentua yang mema mi saya,” katanya.

Pada masa aka at wanita cantik ini er membuka bebera a spa penyusuan d n terbaru bakal di u di Lembah Kla .Zarinah Sahib

a

 ??  ?? Saya berasakan tidak akan mencapai puncak kehidupan jika terus berada dalam roda kehidupan seorang doktor sehingga usia lanjut MEMBERI tunjuk ajar kepada juruterapi mengenai urutan ketika hamil. MASIH lagi bergelar doktor perubatan di klinik swasta.
Saya berasakan tidak akan mencapai puncak kehidupan jika terus berada dalam roda kehidupan seorang doktor sehingga usia lanjut MEMBERI tunjuk ajar kepada juruterapi mengenai urutan ketika hamil. MASIH lagi bergelar doktor perubatan di klinik swasta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia