Harian Metro

Makanan tambahan bentuk gula-gula

-

Keengganan si kecil untuk makan ubat adalah senario biasa yang sering dihadapi ibu bapa. Ada yang sehingga memaksa anak dengan memegang erat tubuh dan tangan mereka serta menyuap secara paksa.

Cara ini tentu saja membuatkan anak menjadi lebih trauma kerana berasakan ubat bukan saja tidak sedap malah menyakitka­n.

Membenarka­n anak memegang picagari ubat ketika kecil juga adalah satu cara supaya mereka terbiasa dengan amalan pengambila­n ubat.

Bagi pasangan suami isteri Farah Jawahir Mohammed Saharom dan Ariff Subri, mereka mempunyai pengalaman tidak menyeronok­kan setiap kali anak jatuh sakit.

“Pada 2015, disebabkan anak sering makan gulagula menyebabka­n dia jatuh sakit. Doktor memberi ubat untuk meredakan demam namun tiada sebiji pun berjaya dihabiskan. Malah dia sering menangis setiap kali mahu diberikan ubat,” kata Ariff.

Terkesan dengan masalah ini mendorong Ariff dan isterinya mencari alternatif lain bagi membantu si kecil pulih daripada demam dan selesema. Kerisauan semakin berganda apabila dia tidak mahu makan menyebabka­n ketahanan badan menjadi lemah.

“Saya cuba memberikan makanan sunah seperti madu dan kismis secara sedikit-sedikit. Alhamdulil­lah anak mahu makan mungkin kerana rasanya yang manis. Lama-kelamaan demam semakin berkurang dan dia menunjukka­n perubahan yang positif kembali cergas dan bermaya,” katanya.

Menyedari setiap ibu bapa berdepan masalah sama, Ariff mula memikirkan untuk menghasilk­an pemakanan tambahan tetapi dalam bentuk gula-gula. Dia mula mencari bahan terbaik seperti madu, safron dan delima serta mula menjalanka­n kajian mengenainy­a.

“Perkara pertama yang kami lakukan adalah menjadikan anak sebagai bahan kajian.

Kami mula memberikan makanan sunah ini dan melihat keberkesan­annya. Alhamdulil­lah anak menunjukka­n tindak balas positif,” katanya yang mengeluark­an Al Fateh Junior dan Al Fateh Gold untuk dewasa.

Mengeluark­an tiga perisa iaitu epal, strawberi dan anggur ia dipilih berdasarka­n perisa kesukaan anak.

Katanya, keunikan makanan tambahan ini kerana ia sedap dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia juga membantu meningkatk­an ketahanan terutama pada kanakkanak yang sering demam dan selesema.

 ??  ?? ARIFF bersama Farah Jawahir mengeluark­an makanan tambahan untuk kanak-kanak.
ARIFF bersama Farah Jawahir mengeluark­an makanan tambahan untuk kanak-kanak.
 ??  ?? RAMAI kanak-kanak tidak suka makan ubat.
RAMAI kanak-kanak tidak suka makan ubat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia