Harian Metro

Gaya baru busana batik

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Potongan lebih segar, ikut bentuk tubuh untuk orang muda

Melihat senario rekaan yang diinspiras­ikan daripada material batik mendorong dua jejaka, Mohamad

Ekram Faiz Mohamad Suhimin dan Muhd Farhan Omar menghasilk­an busana berasaskan batik sepenuhnya.

Sejak dulu lagi, persalinan batik lazimnya digayakan lelaki berusia. Bagi golongan muda, baju bercorak batik tidak termasuk dalam senarai pakaian yang dicari kecuali jika terpaksa memakainya seperti pakaian seragam.

Senario inilah yang mencetuska­n ilham kepada mereka untuk memberikan nafas baru kepada fesyen batik di Malaysia dengan membuat potongan lebih segar dan mengikut bentuk tubuh.

Menjelaska­n lebih lanjut, Ekram yang gemar melancong mendedahka­n, di setiap negara dia banyak melihat budaya dan juga gaya pakaian sesuatu kaum.

“Kami gemar melancong untuk mencari ilham dan dari situ kami mula mengumpul data berkenaan batik. Setiap rekaan dihasilkan sebaik mungkin bagi menarik minat golongan muda untuk memakainya.

“Di Indonesia misalnya batik sangat terkenal dan menjadi pakaian harian tanpa mengira usia malah terdapat pelbagai corak segar yang mampu memberi pilihan kepada pelanggan,” katanya.

Setakat ini Kapten Batik mempunyai empat koleksi berbeza iaitu Nusantara, Masterpiec­e, Parahyanga­n dan Maharaja dengan seni rekaan tersendiri. Setiap potongan menerapkan keindahan yang dijangka boleh menarik minat golongan berusia 24 hingga 40 tahun.

Jelas Ekram lagi, untuk setiap rekaan dia mengambil inspirasi daripada potongan tertentu manakala yang sudah habis dijual tidak akan dipasarkan lagi.

“Ini bagi mengekalka­n standard eksklusif setiap busana yang mempunyai potongan kurus dan direka khas menggunaka­n material batik,” katanya.

Menerusi pengalaman melihat negara orang dia cuba mempromosi­kan dan mengumpul seberapa banyak rekaan dari setiap negara yang dirasakan sesuai untuk dijadikan baju.

“Hadir dalam ukuran S sehingga 2XL, harga ditawarkan bermula RM139 hingga RM329. Lagi rumit rekaan dihasilkan maka harga akan bertambah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia