Harian Metro

FEDERER SUKAR DIGUGAT J

- AFP

aguh tenis dunia, Roger Federer melengkapk­an satu lagi pencapaian bermakna apabila melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia buat tahun ke-20 berturut-turut, sekali gus berada dalam landasan tepat untuk memenangi gelaran itu buat kali ketujuh.

Juara bertahan perseorang­an wanita, Caroline Wozniacki turut melepasi halangan pusingan kedua, namun tidak bagi pemain Afrika Selatan, Kevin Andersen yang menyaksika­n perjalanan­nya berakhir di tangan pemain muda Amerika Syarikat, Frances Tiafoe.

Federer mungkin sudah berusia 37 tahun tetapi dia masih belum menunjukka­n tanda dimamah usia dengan menjadikan pemain Britain, Dan Evans sebagai mangsa terbarunya semalam.

Dia mudah menewaskan Evans di Wimbledon tahun lalu, namun berdepan cabaran lebih sukar kali ini sebelum menjinakka­n lawannya 7-6 (7/5), 7-6 (7/3), 6-3 di Arena Rod Laver.

“Saya fikir kalau saya boleh tamatkan aksi lebih awal perlawanan ini mungkin tidak selama ini,” kata Federer.

“Dia beraksi dengan baik dan sepatutnya menerima pujian.”

Bintang Switzerlan­d itu setakat ini berkongsi pencapaian sama dengan pemenang enam kali Novak Djokovic dan Roy

Emerson di Terbuka Australia – walaupun kejuaraan Emerson semuanya diraih sebelum era tenis moden.

Federer akan berdepan pemenang antara pemain Perancis, Gael Monfils atau pemain AS, Taylor Fritz.

Jika dia menjuarai edisi kali ini, ia bermakna Federer akan muncul selaku pemain pertama menyambar tujuh gelaran di sini atau menghimpun koleksi kemenangan terbanyak dua Grand Slam selepas sudah menjulang lapan gelaran Wimbledon.

Anderson, yang tewas kepada Djokovic pada final Wimbledon tahun lalu, gagal menyekat Tiafoe yang menang 4-6, 6-4, 6-4, 7-5.

Caroline pula mudah melepasi halangan pemain Sweden, Johanna Larsson 6-1, 6-3 ketika dia berusaha muncul pemain wanita pertama mempertaha­nkan kejuaraan sejak Victoria Azarenka pada 2013.

 Layak ke pusingan ketiga

Terbuka Australia 20 tahun berturut-turut

 ??  ?? FEDERER meraikan kejayaan mengatasi Evans pada Terbuka Australia, semalam.
FEDERER meraikan kejayaan mengatasi Evans pada Terbuka Australia, semalam.
 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia