Harian Metro

MISI BURU JUARA TERJEJAS

- AFP

London: Fulham menandatan­gani bekas penyerang Liverpool, Ryan Babel

daripada Besiktas dalam usaha menajamkan jentera serangan dan mengelak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Pemain antarabang­sa Belanda, Babel menyertai skuad Claudio Ranieri yang kini menduduki tangga ke-19 sehingga penghujung musim dan dijangka beraksi menentang Tottenham, Ahad ini.

“Saya sangat gembira,” kata Babel dalam laman web kelab selepas kembali ke England.

“Saya yakin Fulham akan kekal dan itu salah satu sebab saya ke sini, untuk membantu mereka. Saya bersedia dan tak sabar beraksi.”

Pemain berusia 32 tahun itu dijangka mampu meningkatk­an prestasi Fulham yang kini dalam zon penyingkir­an selepas tewas 1-2 kepada satu lagi pasukan bermasalah, Burnley Sabtu lalu.

The Cottagers menjaringk­an 20 gol setakat ini dan hanya menang tiga kali dalam 22 perlawanan liga walaupun membelanja­kan hampir £100 juta (RM528 juta) selepas layak ke Liga Perdana.

Babel melakukan 146 penampilan ketika tempoh tiga setengah tahun bersama Liverpool. Dia meninggalk­an Anfield pada 2011 dan beraksi bersama Hoffenheim, Ajax, Al Ain dan Deportivo La Coruna sebelum menyertai Besiktas pada 2017.

Naib Pengerusi Fulham, Tony Khan berkata: “Ryan memiliki corak menyerang menarik ketika beraksi bersama kelab dan pasukan negaranya dan pengalaman luasnya diharap mampu membantu kami menghadapi cabaran liga.” - AFP

London

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane terpaksa diketepika­n sehingga Mac selepas mengalami kecederaan ligamen pergelanga­n kaki ketika tewas kepada Manchester United, Ahad lalu.

Kane mengalami kecederaan di pergelanga­n kaki kirinya pada hujung perlawanan yang menyaksika­n Spurs tewas 0-1 di Wembley dan ujian imbasan mengesahka­n kecederaan­nya itu mengambil masa untuk pulih.

Ia adalah musim ketiga berturut-turut kapten England itu terlepas untuk beraksi kerana kecederaan sama.

“Berdasarka­n penilaian pertama, kami mengesahka­n Harry Kane mengalami kecederaan ligamen di pergelanga­n kaki kiri yang dialaminya ketika perlawanan bertemu Manchester United, Ahad lalu.

“Dia akan terus dipantau kakitangan perubatan kerana perlu menjalani proses pemulihan dan dijangka akan kembali menjalani latihan pada awal Mac,” kata Tottenham di dalam web rasmi kelab itu.

Kane mengalami kecederaan itu selepas bergelut dengan pertahanan United, Phil Jones dan Victor Lindelof ketika cuba mencipta gerakan untuk Tottenham pada minit-minit akhir perlawanan.

Dia kemudian menerima rawatan selepas tamat perlawanan dan dilihat berjalan keluar padang dengan situasi yang tidak selesa.

Kane menerusi akaun

 ??  ?? KANE menahan sakit selepas bergelut dengan Jones dan Lindelof.
POCHETTINO
KANE menahan sakit selepas bergelut dengan Jones dan Lindelof. POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia