Harian Metro

Joselu, Perez lengkap kemenangan Newcastle

-

London: Newcastle berdepan detik cemas di Blackburn apabila mensia-siakan dua gol awal sebelum kembali bangkit melakar kemenangan 4-2 selepas masa tambahan pada pusingan ketiga Piala FA, awal pagi semalam.

Rafael Benitez membariska­n pasukan kedua yang menyaksika­n lapan pertukaran berbanding ketika tewas

1-2 di Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Sean Longstaff menyumbang gol pertama Newcastle seawal minit pertama selepas melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Callum Roberts yang melakukan penampilan pertama Newcastle sejak Januari 2015, menambah gol kedua minit ke-22 yang juga gol pertamanya untuk kelab itu.

Bagaimanap­un,

Blackburn merapatkan jurang 12 minit sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi bekas penyerang Newcastle,

Adam Armstrong.

Penyerang antarabang­sa Ireland, Darragh Lenihan menyamakan kedudukan untuk Blackburn menerusi tandukan pada masa kecederaan sebelum berakhir babak pertama.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan yang menyaksika­n Joselu menambah gol ketiga Newcastle minit ke-105 sebelum Ayoze Perez melengkapk­an kemenangan Newcastle seminit kemudian.

“Kami mendahului 2-0 dan kemudian Blackburn beraksi dengan baik. Kami bertindak balas selepas itu dan saya cukup berbangga dengan kesungguha­n serta komitmen setiap pemain,” kata

Benitez. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia