Harian Metro

Atlet para tarik perhatian korporat

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tidak keterlalua­n jika Afiq Ali Hanafiah, Ahmad Solihim Mohd Nor dan Ashraf Muhammad Haisham dianggap sebagai bintang para dalam pembikinan kerana masing-masing memiliki pakej lengkap untuk menyerlah di pentas antarabang­sa.

Malah, ketua jurulatih olahraga para negara, R Jaganathan juga pernah mengaku ketiga-tiga atlet berkenaan mempunyai potensi menyamai fenomena dilakar Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Latif Romly.

Faktor itu menjadi sebab mengapa mereka kini menjadi buruan syarikat korporat dan penaja dengan terbaru ketiga-tiga atlet itu menerima bantuan menerusi program ‘atlet angkat’ dijayakan syarikat Fox Marketing Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan Fox Marketing, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, pihaknya terpanggil menaja Afiq, Solihim dan Ashraf dalam usaha memastikan misi mereka untuk ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tercapai.

“Sebab utama kita memilih ketiga-tiga atlet ini adalah kerana kita mahu memastikan wira tidak didendang ini turut mendapat layanan sama seperti atlet utama Paralimpik lain.

“Selain itu, faktor prestasi semasa dan kejayaan lalu mereka juga diambil kira dan mereka ini kelompok atlet seterusnya yang akan mengharumk­an nama negara.

“Malah, saya yakin menerusi bantuan ini, ia akan membuka mata lebih banyak syarikat untuk tampil ke depan melakukan inisiatif sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Serahan Penajaan kepada Tiga Atlet Para Negara semalam.

Ketiga-tiga atlet berkenaan menerima sumbangan wang tunai RM5,000 setiap seorang dengan keperluan lain akan diberi berdasarka­n persiapan mereka ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 ??  ?? MEGAT D Shahriman (dua dari kanan) menyerahka­n penajaan kepada Ahmad Solihim, Afiq dan Ashraf, semalam.
MEGAT D Shahriman (dua dari kanan) menyerahka­n penajaan kepada Ahmad Solihim, Afiq dan Ashraf, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia