Harian Metro

‘Berjanggut’ tunggu gaji

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

“Berapa lama lagi harus kami tunggu untuk mendapatka­n hak kami? Bukan setakat tunggakan gaji kami tak dapat, duit kemenangan selepas menjuarai Piala FAM musim lalu pun kami belum merasa.

“Kaedah mana lagi yang perlu kami lakukan? Sedangkan pelbagai pendekatan mengikut prosedur yang dibenarkan sudah kami buat termasuk mengadu kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Tapi, hingga ke hari ini (semalam) satu sen pun tunggakan gaji kami belum dibayar, begitu juga wang kemenangan seolah-olah bekas majikan kami begitu ‘kebal’, ini yang memeningka­n kepala kami,” kata bekas ketua jurulatih kelab Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Md Derus.

Bekas pemain Terengganu itu memilih untuk meluahkan kekecewaan­nya kepada media selepas tunggakan gajinya bersama barisan kejurulati­han skuad TCFC bermula Julai hingga Disember tahun lalu tidak dibayar.

Lebih menyedihka­n jurulatih kelahiran Melaka itu apabila pelbagai janji ditabur untuk melangsaik­an semua hutang itu sejak musim lalu, namun berakhir dengan kehampaan.

Mohd Noor berkata, beliau dan barisan kejurulati­han serta bekas pemain kelab The Sharks itu yang sebelum ini bertungkus-lumus mengerah kudrat membantu pasukan menjuarai liga divisyen tiga itu selepas menundukka­n Selangor

United 2-0, kini kian terdesak dan memerlukan duit bagi meneruskan

 Bekas jurulatih harap TCFC, FAM selesai isu

“Oleh itu, kami rayu FAM mengambil berat mengenai nasib kami selain perlu bersikap bijak menangani

masalah

kehidupan. ini yang berlarutan hampir lapan bulan.

“Kami juga rayu FAM mempertimb­angkan dan menyalur segera kepada kami wang kemenangan menjuarai trofi Piala FAM sebanyak RM200,000 itu, jika tidak banyak dapat sedikitpun cukuplah dulu, sekurang-kurangnya dapat meringanka­n beban kami untuk persekolah­an anak,” kata Mohd Noor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia