Harian Metro

Zainal kenal pasti kelemahan pasukan

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menganggap aksi pramusim di Vietnam yang berakhir kelmarin memberikan pengajaran bermakna skuad bimbingann­ya menjelang aksi sulung Liga Super, 2 Februari ini.

Baginya, sepanjang tiga perlawanan di Vietnam, beliau dapat mengenal pasti kelemahan pada beberapa pemain Melaka.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah mereka menunjukka­n disiplin tinggi untuk menterjema­h taktikal yang diberikan.

“Saya juga turut mencuba beberapa sistem ketika proses melakukan serangan ke kubu lawan serta pembentuka­n konsep bertahan ketika diasak.

“Apapun,

kegagalan menghalang jaringan lawan turut diberi perhatian untuk mengelak kesilapan sama berulang.

“Selepas ini, kami dijadualka­n menghadapi aksi persahabat­an sebagai penutup persediaan pasukan. Aksi pertama adalah berdepan MIFA pada 2 Februari di Stadium Hang Jebat,” katanya.

Sepanjang tujuh hari di Vietnam, Melaka terikat 3-3 dengan Binh Duong FC, tewas 1-3 kepada Ho Chi Minh City dan mengatasi Sai Gon FC 2-1.

Zainal berkata, pada dua pertemuan awal berdepan Binh Duong dan Ho Chi Minh, mereka menunjukka­n persembaha­n memuaskan namun pada aksi terakhir berdepan Sai Gon, anak didiknya menampilka­n persembaha­n lebih meyakinkan.

Sehubungan itu, beliau mahu aksi seperti itu dikekalkan selepas ini.

 ??  ?? ZAINAL mahu pemain terap disiplin tinggi.
ZAINAL mahu pemain terap disiplin tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia