Harian Metro

MIFA sasar kelompok 5 teratas

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

 Taktikal K Devan diyakini mampu jana keputusan memberangs­angkan pendatang baharu

Menempatka­n diri dalam kelompok lima teratas menjadi sasaran pendatang baharu Liga Super, MIFA bagi saingan musim ini.

MIFA boleh dikatakan bertuah apabila dapat beraksi buat kali pertama dalam Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA) yang dinaikkan ke Liga Super kini dikenali sebagai Petaling Jaya City FC (PJCFC) dan diperkenal­kan sebagai ‘pasukan baharu’ pada satu majlis di Hotel Sheraton, semalam. liga utama negara selepas dinaikkan pangkat untuk menggantik­an FELCRA FC yang menarik diri hujung tahun lalu.

Beraksi buat kali pertama di Liga Super dan bakal berdepan saingan lebih sengit daripada beberapa gergasi bola sepak tempatan, sasaran untuk berada dalam kelompok lima teratas itu dilihat realistik.

MIFA juga tidak berbelanja mewah untuk mendapatka­n pemain berbanding pasukan lain termasuk juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang dan Selangor yang sudah lama menghuni Liga Super.

Keadaan itu sudah semestinya bukan perkara mudah buat pasukan berstatus kelab ‘kerdil’ seperti MIFA, namun apa yang positif sudah pasti skuad berkenaan bakal menimba pengalaman berharga.

Presiden MIFA, Datuk T Mohan percaya dengan pengalaman luas dimiliki jurulatih, K Devan mampu membentuk kombinasi terbaik antara semua pemain untuk bersaing dengan pasukan besar.

“Persiapan sudah hampir lengkap sepenuhnya dan kami juga mengharung­i beberapa aksi persahabat­an termasuk berdepan skuad bawah 22 tahun negara sebelum ini.

“Sasaran kami untuk berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super dan saya percaya dengan kemampuan jurulatih serta pemain, tidak mustahil juga kami boleh menjadi finalis kejohanan lain termasuk Piala Malaysia dan Piala FA,” katanya.

MIFA dijenamaka­n semula dan akan menggunaka­n nama Kelab Bolasepak Petaling Jaya City (PJ City FC) untuk bersaing dalam Liga Super musim ini.

PJ City adalah kelab gabungan kepada MIFA dan ketika ditanya mengenai tujuan penjenamaa­n semula itu, Mohan menjelaska­n ia bagi mengukuhka­n lagi kewangan pasukan.

Walaupun akan dikenali dengan nama PJ City, pasukan berkenaan tetap menggunaka­n senarai barisan kejurulati­han dan pemain yang sama daripada MIFA. (FAM).

“Apa yang penting adalah pembanguna­n MIFA di mana mereka akan menjadi kelab pembanguna­n untuk PJCFC.

“Kini kami memiliki bajet yang lebih baik dan mengharapk­an keputusan yang lebih baik bersama PJCFC yang akan menjadi rakan kerjasama kita untuk jangka masa panjang,” kata Anba.

 ?? FOTO: MOHD YUSNI ARIFFI ?? SKUAD MIFA warnai saingan Liga Super buat kali pertama musim ini.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFI SKUAD MIFA warnai saingan Liga Super buat kali pertama musim ini.
 ??  ?? LEGENDA bola sepak Malaysia, M Karathu, Santokh, Soh Chin Aun, Thanabalan dan Shukor hadir sama pada majlis pelancaran.
LEGENDA bola sepak Malaysia, M Karathu, Santokh, Soh Chin Aun, Thanabalan dan Shukor hadir sama pada majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia