Harian Metro

Tak ‘syiok’ tumpang glamor bapa

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Anak bekas pemain negara, Kaironnisa­m Sahabudin Hussain, Muhammad Firdaus tidak mahu dibayangi aksi bapanya dan nekad untuk memanfaatk­an peluang menyertai latihan skuad bawah 19 tahun (B-19) kendalian Bojan Hodak.

Bagi tonggak B-16 negara itu, perasaan takut menyertai latihan bersama pemain lebih berusia tetap ada, namun ia sesuatu yang normal bagi pemain muda sepertinya.

Pada masa sama, Firdaus tidak mahu peminat membanding­kan gaya dia dengan bapanya kerana bola sepak masa semasa jelas berbeza berbanding era sebelum ini.

“Bagi saya, status sebagai anak bekas pemain tidak membantu saya kerana sekarang bukannya zaman dulu. Sekarang siapa ada kelebihan dia akan dapat tempat dalam pasukan.

“Tekanan pasti ada, tapi saya harus lakukan lebih baik berbanding apa yang pernah bapa saya lakukan sebelum ini,” katanya.

Pada Kejuaraan B-16 Asia tahun lalu, Firdaus mencuri tumpuan selepas bertindak baik mengemudi jentera tengah pasukan kendalian Lim Teong Kim.

Ketika ditanya penyertaan­nya dalam skuad B-19 buat kali pertama, Firdaus mengaku bangga kerana berjaya menarik perhatian Hodak, namun sedar dia perlu menggandak­an usaha bersaing dengan pemain lebih berusia daripadany­a.

“Ini kali pertama saya sertai latihan pasukan ini. Saya bangga kerana saya baru saja berusia 17 tahun dan mahu buat yang terbaik.

“Harapan saya pastinya mahu bersaing dengan pemain lain merebut tempat,” katanya. mampu memberi saingan kepada pasukan lain.

“Walaupun peruntukan untuk membeli pemain tidak terlalu tinggi seperti beberapa pasukan lain, namun kita tetap pastikan PKNS FC mampu mencipta kejayaan.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain namun berharap mereka memperagak­an aksi cemerlang dan memuaskan nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia