Harian Metro

‘Teruk kalau macam ini’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

Teruk dan tidak memenuhi kriteria. Itu pandangan awal pengendali skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak pada sesi pertama latihan pusat membabitka­n 28 pemain, petang kelmarin.

Malah, Bojan turut ‘pening kepala’ memikirkan sebahagian besar pemain yang dipanggil itu tidak memenuhi kriteria ditetapkan dan beliau akan menunggu baki 28 pemain lain untuk membentuk skuad muda negara.

Bojan yang ditemui sebaik tamat sesi latihan berkata, walaupun masih terlalu awal untuk merumuskan tahap kualiti pemain berkenaan, namun beliau mengharapk­an mereka yang dipanggil itu menunjukka­n prestasi lebih baik.

“Mungkin pemain masih keletihan atau tidak dapat mengikuti sesi latihan, namun berdasarka­n penilaian awal, mereka tidak seperti yang saya harapkan.

“Kita akan melihat dua atau tiga sesi latihan akan datang dan mengharapk­an baki 28 pemain lain yang dipanggil nanti lebih bersedia dan memberikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang kelmarin.

Selain itu, beliau akan melihat perlawanan terdahulu sebelum melakukan perubahan taktikal dalam usaha membentuk skuad B-19 yang lebih mantap, sekali gus mampu memberi cabaran pada perlawanan nanti.

“Saya perlu memilih pemain yang berkualiti terlebih dulu sebelum memikirkan taktikal bagi mengharung­i perlawanan penting nanti,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n akan memperketa­tkan lagi kriteria pemilihan pemain termasuk mengubah corak latihan bagi membentuk keserasian selain hanya pemain yang berkelayak­an saja dipilih mewakili skuad B-19.

Sebagai rekod, kalendar skuad B-19 dilihat agak sibuk tahun ini yang menyaksika­n mereka akan bersaing pada Piala Sanix yang bakal berlangsun­g di Jepun, Mac ini.

Selepas itu, mereka akan mengharung­i Kejuaraan B-19 AFF 2019 (Julai) sebelum beraksi dalam kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 (September).

 Bojan anggap pemain B-19 tak penuhi kriteria

 ??  ?? BOJAN tunggu baki 28 pemain lain untuk bentuk skuad.
BOJAN tunggu baki 28 pemain lain untuk bentuk skuad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia